STF


Tag

by chics on Thursday, 11 June 2009 - 12 am · 12 comments

in tag

Kak Dilla tagged me last week yet I only managed to do it yesterday and hence the entry today. Sorrylaa saya agak menjadi sotong tangan lapan minggu lepas.

She wrote something about me tapi saya dalah malu nak quote hihi [sejak bilala pulak kau ni pemaluuu?]

award

The rules:
• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
• Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.
• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged.
• Paste the award badge in your sidebar.
Item 1: Five (5) interesting facts about the person who gave you this award.

Satu

I have never met her personally; I think she left STF dah masa aku form 1. Tapi, whenever I read her blog, ada sense of warmthness, macam kenal je kan. Sama macam kalau baca blog budak STF yang lain. Adakah ini interesting fact? I hope so.

Dua

A loving mother to three children. I am a bit susah untuk suka entry about parents and their kids kerana macam ramai terlalu memuja-muja which I think, normallah kot [ye ke?] tapi aku lemas, yet bila baca blog Kak Dilla, despite telling stories about her kind, adalah terhibur. Terutama cerita dia belikan anak dia anak patung, aku pulak yang suke [dan terpikir nanti kalau orang tu balik rumah aku pow anak patung, dapat ke?]. Hehe

Tiga

Definitely a family person, if you follow her on twitter, you will know what I mean.

Empat

Disebabkan twitter juga, I can say that she’s aperson yang rajin bekerja. Time aku malas-malas pagi-pagi Kak Dilla adalah bersemangat nak buat kerja menyebabkan aku berasa..ohh patutla aku tak jadi ketua pengawas dulu [motif?]

Lima

One of the pemenang in the first stoodle competition. Jeles ok, Jelessss

Item 2: Ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
Satu

Don’t put any idea into my head, kalau aku dah suka I will go for it walaupun benda yang tak senonoh. Right now I am looking for gel nail extension. Tahaper jekan, padahal suka nak makan pakai tangan tapi gatal nak jugak.

Dua

My everyday ambition is to diet but everyday, tak sampai tengahari aku akan gagal.

Tiga

I love to try out new places, to eat. Tak kirela tepi jalan ke apa ke, asalkan menu macam menarik and bunyi tak penah dengar, I’ll try.

Empat

I don’t like hype. Be it kedai makanan ke, buku ke, brand ke. I don’t really like.

Lima

I love to cook, walaupun rasa belum tentu sedap. Dulu zaman muda-muda kalau aku marah, selain pegi swim aku suka masak, sampai 3-4 jenis lauk. And I like to try new recipes, I even google for recipes.

Enam

I can live without my handphone but I can’t live without Internet. Tak senang duduk satu hari.

Tujuh

If I could, I want to trade life with my cat, MJ. Really intrigue to know mana dia pegi, apa rasa kene belai setiap hari dan yang paling penting sebab utama kenapaaaa suka kencing dekat tangga.

Lapan

Someone once told me “it’s ok to be a bimbo” bila aku ala ala bodoh tak paham soalan dan tetibe cakap tak masuk topik. That person happens to share the same bed with me.Mungkin dia dah pasrah dengan ketentuan Ilahi hehe.

Sembilan

I love to snuggle under the blanket and main gigit-gigit.

Sepuluh

If I have kids I’ll name them Madonna and Kylie Minogue. Or Micheal Jackson and Stevie G if they are boys. Haha.

Item 3: Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.

Recipient 1
Peej- Blog dia sangat kelakar dan bersahaja. I admire her self esteem. Tapi aku paling suka bond dia dengan family dia, boleh sama-sama hisap rokok satu family. Mak aku bila tau aku isap rokok terus smayang nanges-nanges hehe.

Recipient 2
Diva Parit- She has been blogging eversince I knew her walaupunn dah berpuluh kali tukar blog tetapi masihhhh gigih. Blog dia juga adalah seperti ku, penuh dengan amarah dan cacian.

Recipient 3
Kak Senduk – Klaka gila!! Kalau aku bad mood, baca blog kak senduk mesti happy sikit. Mulut laha but I like okkkkk.

Recipient 4
AM- Even Kak Dilla dah tag dia, I still want to list her down sebab she memang deserve the award. Her writings soemhow mendamaikan dan selaunya menginsfakan aku yang tak sedar diti ni. You no need to do this tag againlah, I just want you to know you are in my list heeee.

Recipient 5
Mak Peej – Ada satu perasaan ye bila baca blog aunty ni. Suka, especially bila dia ceria kisah cinta dia dengan husband dia, menyebabkan aku sengih sensorang. Alahai manisnya orang dulu bercinta, sangat gentleman pulak tu. Tak macam sekarang, ok stop sebelum aku ytetibe naik darah [apahal kau?]

Inilah blog yang setiap hari akan kunantikan updatenyaI know I am supposed to list down 10 tapi aku hanya boleh terpikir lima je.  Sorry,oklah nak pegi toilet dah, dari tadi aku terkemut-kemut.
Tataaaaaaaaaaaaaaaaa

1 Star (Click to vote)
Loading ... Loading ...


12 comments



Lina oh Lina

by chics on Tuesday, 25 November 2008 - 11 am · 26 comments

in crap,happiness,teteks

Semasa Tingkatan 5, saya dan Nik adalah duduk betul-betul di depan meja cikgu dengan alasan “Tahun ini kita SPM jadi kita tak boleh malas-malas atau main-main lagi”. Di belakang kami adalah 2 budak lagi iaitu Lina dan Mis. Mereka juga mahu duduk depan kerana tidak mahu malas-malas dan ingin rajin belajar.

Tetapi yang ironinya, tempat 2 tercorot di dalam kelas pasti akan di dominasi oleh saya atau Lina, Kadang-kadang Mis pon samalah jugak. Nik adalah pandai sedikit dari kami. Okla, pandai banyak sebenarnya. Sebab itu hari ini dia menjadi seorang peguam yang disegani [saya pasti nik akan berkata “babii..babiii” apa bila membaca entry ini haha]

Untuk Bahasa Inggeris dan Matematik, kami telah dibahagikan kepada set-set mengikut keputusan ‘close test’ untuk set bahasa inggeris dan keputusan semasa di tingkatan tiga kot [entah tak ingat] untuk set matematik. Ala siapa budak asrama taulah benda ni kot. Nik dan Lina adalah satu set, iaitu set 7. Kelas mereka sangat best kerana cikgu mereka adalah seorang cikgu cina yang ala-ala takde expression tetapi suka buat lawak-lawak kiut dan gelak sendiri. Mereka berdua suka memakan kacang hai di dalam kelas. Kacang hai, apa bila dikunyah akan membuat bunyi yang bising lagi kuat, seperti biasa Nik akan buat muka menggelupur tetapi Lina, sangat cool. Dia selalu berlakon seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Lina memang begitu, dia tidak suka berbising atau bercakap banyak. Tetapi apabila dia bercakap dan mengeluarkan ayat penyata, dia boleh membuat orang lain tersenyap dengan pedesan ayat itu. Kalau hendak mencarut pon, dia akan cuma mengatakan 1 ayat dan noktah seperti “Babi” dan “celaka” .Itu sahaja tiada eksperi lebihan. Ohh Lina juga suka meng-escape seperti mereka [tak nak mengaku tu sekali tu haha] tapi selalunya orang tidak sedar kerana dia adalah licik dan penyenyap. Sama seperti Namiah, budak yang duduk di belakang sekali yang kelihatan agak warak. Tetapi hoh, selalu balik dorm time kelas dia tak suke. Tiba-tiba dah hilang. Ceh

Lepas habis SPM kami sudah jarang berhubungan lagi tapi saya adalah mendapat tahu bahawa telah menjadi seorang cikgu sekarang dan yang paling hebat sekali, dia mengajar set 1 matematik, set yang paling pandai di sekolah berasrama penuh. Hahaha! Saya pernah bertanya padanya “ Camanala kau boleh ajar set 1, abis kalau anak murid kau tanya and kau tak tau jawapan macamana?”

Dia akan menjawab “Hmm.. Besok cikgu akan kasi tau kamu jawapan, sekarang buat latihan pada mukasurat…” Dan apabila balik, dia akan menggelupur mencari jawapan. Tetapi saya tetap berasa kagum terhadap beliau. Kalaulah saya itu yang menjadi guru, oh no, setiap hari saya akan menangis kerana

a) tak tahu jawapan
b) kene buli
c) dah tak boleh nak escape kelas

Ya, ini adalah entri pasal Lina.

Kerana dia telah berkahwen pada minggu lepas. Nik yang gila telah membuat kesimpulan awal bahawa mungkin suami Lina adalah juga seorang guru yang sama-sama mengajar di sekolah sama.

“Mula-mula buat persamaan1 , lama-lama terus bersama-sama” kata Nik dalam gelak-gelak getiknya.

Ternyata Nik silap, suaminya bukanlah guru tetapi seorang lelaki yang tinggi dan perkasa. Ohhhh

Lina masih mengekalkan tabiat lamanya, tidak kecoh dimana dia tidak kecoh di dalam bab berkahwin, senyap-senyap je tiba-tiba dah mintak alamat. Ternyata dia memang masih Lina yang dahulu kerana sewaktu masuk ke dewan pengantin, kami telah mengambil gambar sambil berphewit-phweit dan dalam senyuman dia memandang dan berkata “celake”

Kepada Lina, selamat pengantin baru dan semoga kekal ke anak cucu.

Sayang kau!

  1. Salah satu topic matematik tambahan [kalau tak silaplaa
1 Star (Click to vote)
Loading ... Loading ...


26 comments

You might also like:



When I am dead bored

by chics on Monday, 24 November 2008 - 2 pm · 10 comments

in tag

I am fucking bored.

Darling8tabby and Zasya tagged me. So here we go, again :P

1. Do you think u are HOT?
Honestly, masa bangun pagi-pagi, I always to look at the mirror to check whether I look hot or not [macam sial tak statement?] akan tetapi apa yang aku nampak adalah muka yang menakutkan dan menyebabkan aku berasa hot, bilala nak bangun muka terus macam Catherine zeta jones ni?

Eh, does that answer the question? :P

2. Upload a fav pic of you

3. Why do you like this picture?
Reminded me of sweet time di masa yang lampau dimana perut aku sangat flat and the teteks masih hidup dalam kepoya-poyaan. Gambar ini adalah gambar yang konon-konon ketakutan akibat sesat dalam hutan. Padahal pegi pulau, motif sesat dalam hutan plak tetibe?

Oh this trip was superb!

Now, most are either mommies or mommies to be except nikkit and chics.

4. When was the last time you ate pizza?
Hmm.. Somehwere in October kot, Canadian Pizza, tak bestlah, nak domino’s jugak.

5. The last song you listen too?
Sampai menutup mata – Acha Septriasa. Jiwang ok tapi I am having the feeling of listening to indo songs at this moment.

6. What are you doing right now besides this?
Garu muka sambil dengar lagu.

7. What name u prefer besides yours?
Ermm? Takde kot.

8. People to tag (tiada paksaan y’all)

  1. Shelly
  2. Haneejane
  3. Iz
  4. Thumbelina
  5. Mas
  6. Zaireen
  7. Nafty
  8. Nad

9. Who is no.1
My first friend in STF. Minah ni kelakar gila ok, her laughter could light the whole room.

10. No.3 is having relationship with?
Her boyfriend lah.

11. Say something about no.5
Met her masa tengah makan dekat warung pak maidin dekat equine park. :)

12. How about no.4?
From blogging

13. Who is no.2
A teacher and a blogger. I am waiting for her update :P

Ok. Now I shall find other membuang masa things to do, for my own amusement.

1 Star (Click to vote)
Loading ... Loading ...


10 comments





Page 1 of 212