asthma

Umpama membela hantu raya

by chics on Monday, 20 September 2010 - 11 am · 4 comments

in crap

I missed many open house this year disebabkan oleh dada yang berkahak.

During puasa I did not eat that much sebab most of the time I was alone so nak makan pon malas. Kadang-kadang minum air and 1 mee je tu pon suku je makan. Tak tahu apsal  tapi aku sukala sebab seluar dah longgar haha [ok tapi sekarang tak suka sebab dah muat balik sheesh].

Tapi bila raya aku lahhhhhhhhhh umpama budak yang membela hantu raya itu, semuaaaa aku nak makan, semuaaaa aku nak minum.

Tak cukup dengan itu, pergi grocery shopping semuaaa aku nak beli.

As the result on the third day adalah berasa sakit tekak dan pening kepala. Esoknya demam dan asthma sampailah sekarang hehe. Demam dah takde tapi kahaknya masih ada.

Bila aku sakit and kene attend makan-makan [rumah mak sendiri] mulala perangai gila aku datang – I have scolded few people who came, most of them are kids yang tidak tahu menjaga kelakuan. Bak kata mak aku

“Apa kau ingat ni rumah, rumah ayahhhh kau?”

Which, when she asked me that I always answer haah memang rumah ayah kita, hehe.

Bukan apa, bila keadaan hiruk-pikuk macam tu aku berasa sangat rimas dan lemas. The head spinned and feels like exploding dada juga bergetar-getar.

Aku googled "rimas" ni je yang relevent yang kluar. Credit: sila click

Therefore, I avoid any open house walaupun keinginan untuk melantak adalah membuak-buak. Yelah, marah-marah dekat rumah mak sendiri not so bad tapi kalau mengamuk dekat rumah orang?

Mungkin mimpi jadi kenyataan hehe.

Atleast this time it was not as bad as last time,at least suara aku dah tak sengau lepas beberapa hari dan still boleh gelak-gelak so saya adalah masih bersyukur.

Walaupun tak dapat makan banyak tapi tak apa, raya itu adalah sebulan. Mungkin masih ada open house untukku.

4 comments

Kesah ke tak kesah ni?

by chics on Friday, 28 August 2009 - 9 am · 23 comments

in deep thinking,keji thought,life,personal opinion

In case you didn’t know Malaysia has the highest number of H1N1

KUALA LUMPUR: Malaysia recorded its highest number of influenza A(H1N1) cases in a day with 569 infections.

There was also one death, bringing the total number of fatalities to 68.

-The Star-

The thing is I don’t think lots of people give a shit. Takut tu memang takutla, tapi takut jelaaaaaa  sambil makan keropok lekor kluar shopping dekat tempat pack dengan orang [motif?]

The other day when I was sick aku adalah sangat takut aku kene H1N1 reason being aku ada asthma yang menyebabkan kalau aku kene, memang takde ampun.

Asthma alone dah cukup buat aku cakar-cakar dinding, taknakla kene benda lain pulakkan.

So, I decided to wear a mask when I go out, for a week sebab aku still tak baik betul, my immune system was still weak and vulnerable. I also did not want to spread any germs to anyone especially during this time yang ramai sangat orang sakit.

But these are some feedback that I got upon wearing that mask

  1. People smirked at me when they passed me by
  2. People stared at me as if I already have H1N1
  3. Some told me “Haha you look funny. Eyy, if you want to kena, you wear mask or not, sure kena oneeeee”
  4. Are you telling me that I should not put any effort at all?

    There must be a reason why the Government and the doctors recommend you to wear mask isn’t it?

  5. Ada jugak some yang told me “Do you know you can get infection when you wear the mask?”
  6. Ini lagi satu dol.

    Kalau kau pakai mask tu seminggu tak tukar-tukar komfemlaaaaaaa. Tak pon disebalik mask kau makan kari ke makan mee soto ke, lepas tu kau lap mulaut kau dekat situ, komfemlaaa.

    There must be a reason kenapa mask tu disposable isn’t it?

Sometimes aku rasa ramai orang tak ambik beratla, parents still bring their kids to crowded places and such.

It’s up to you not to care about your health but jaganla kau abaikan kesihatan those who are under your care.

And bila orang ambik langkah berjaga-jaga kau gelakkan.

I admit, I felt weird and segan to wear that mask, tetibe je aku cas doktor bedah kan haha.

Memakai mask sambil feeling doktor

Memakai mask sambil feeling doktor

Tapi dari aku kene sakit yang menyesakkan dada, menyebabkan aku mintak ampun dekat Tuhan, baiklah aku choose to look like an idiot dari menjadi idiot sebenar.

23 comments

Si parkinson

by chics on Tuesday, 28 April 2009 - 12 am · 20 comments

in crap,Menggelupur

Hai nama saya chics. Saya ni bukanlah prihatin sangat tapi sekarang saya bolehlah katakan bahawa saya memahami perasaan pesakit parkinson.

Ini adalah kerana tangan dan badan saya adalah terketar-ketar tanpa irama. Kadang-kadang ketarannya perlahan dan kadang-kadang ketarannya adalah kuat. Kalaulah saya ingin menyamar menjadi vibrator, sudah tentu saya berjaya disini.

Mula-mula ianya adalah bergetar dengan kadar perlahan sewaktu saya mengambil kopi. Dah bergelen kopi saya belasah tapi kahak itu masihhhhh jugak di dalam dada. Belakang saya pun dah berbirat dah ni ha kena tepuk, mungkin orang itu geram lalu menepuk dengan kuat [baiklah, ini adalah fitnah jadi sila jangan marah ye orang itu]. Jadi saya mengambil keputusan yang lebih drastik, iaitu untuk berjumpa dengan doktor sekali lagi. Sebelum buih-buih kahak memenuhi dada lalu mematikan saya, baiklah saya berjumpa doktor itu.

Doktor itu telah menukarkan saya menjadi reraksa dengan menekup corong udara berisi ventolin. Rasa macam bong pon ada, cuma bong yang melekat ke mulut hihi.

mask

Walaupun semput masih sempat mengambik gambar tu ttetapii adalah mengambik dengan cepat sebab tanak kantoi dengan misi. Malula saya ini!

Balik ke rumah doktor telah mebekalkan saya dengan pelbagai jenis ubat termasuklah ubat asthma berwarna pink maroon. Amaran ya, ubat ashtma berwarna biru ke purpulan adalah memberi result yang celaka kerana saya boleh bertukar ke pada naga jadian dan memaki orang tanpa sebab. Jadi apakah efeknya pula ubat astma berwarna pink maroon ini?

Menukarkan seorang wanita getik kepada parkinson.

Adalah sangat marah apabila memakan mee menggunakan chopstick dan tangan bergetar. Nak ambik mee tapi tapi chopstick terkangkang-kangkang habis mee jatuh sambil orang dekat sebelah tersengih-sengih. Yang kau ni pon satuuuuuuuuuuu dah tau aku parkinson ambikkanla garfuuuuuuuu ni takkkkkkkk, nakkkkkkkk jugak suruh aku pakai chopstick. Hoh [padahal boleh je pergi ambik sendirikan? :P ]

Kemudian, hendak juga berasa independent dengan menuang ubat sendiri. Tak tahu dekat mana saya campakkan penyukat ubat jadi adalah terpaksa memakai sudu.

“Kalau pakai sudu, guna soup spoon ok, kasi penuh.” Itu pesan misi.

Adalah tidak ada soup soon itu maka gunakan saja table sp0oon[malas nak cari sebenarnya]. Dan isi dengan penuh. Oh ada ruang lagi.. tambah sikit lagi.. lagi..lag.. alamak parkinson menyerang!!

Please chics, jangan menggelupur kawal tangan awak ituuuu..kawal..kawall..balancee.. akan tetapiiiiiiiiiiiiiii parkinson itu sungguh jahat sehingga  ubat adalah tertumpah di atas buku laliiiiiiiiiiiiiiiiiiii sambil tangan masih terketar-ketar dan jatuh diatas kerusi. Sudahhh ada juga emak jadi naga ni karang sebab kerusi dia kaler hitam dan berbau ubat batuk.

Memang menggelupur.

Adakah saya ini cacattttttttt? Makan ubat pon tak bolehhh? Haruskah saya duduk diam dan pose-pose cantik sahaja?

Kenapakah sifat pengigil ini? Saya bukanlah seperti orang itu yang mengigil-gigil apabila kali pertama memeluk saya!

Oh, itu lain kali diceritakan, nanti saya akan kene marah kalau saya cerita hehe.

Malam ini ubat itu akan habis dan saya harap penyakit gigil ini akan berakhir. Saya juga berharap agar kahak ini semua keluar sebab saya sungguh keluh kesah ingin memakan baskin.

Panas-panas ini, what’s your flavour?

20 comments