nostalgia

Is it a myth?

by chics on Thursday, 15 January 2009 - 12 pm · 18 comments

in I don't know,keji thought,nostalgia

I have a big bottom. Big butt, big thighs and big calves. In fact all my cousins have it. The truth is I feel jealous towards those who have slender bottom. Not to say slenderla tapi less berlemak and less gemuk than mine. Seksa nak cari seluar. Kalau dulu bab peha, bontot komfemm macam nak meletup tapi bila sampang pinggang loose habis. Tapi sekaranggggggggggg..semua macam nak meletup haha [gelak dalam depress].

So not balance you know, atas kecik tapi bawah besar, macam penguin ye, nasib aku jalan tak terkangkang-kangkang macam penguin. Kalau tak, soheh.

Apart from genetics, I always wonder adakah amalan aku masa sekolah dulu menyumbang kepada bahagian bawah yang besar. Maybe it was just a myth but I can’t help wondering whether or not it is actually true. Dulu masa sekolah, we have this riadah every alternate sunday where we have to wake up early and right after subuh prayer akan berlari mengelilingi quaters sekolah. I bloody hate it because I just hate running and I loveeee to tidur sampai hari dah terang hehe. But sadly that’s not going to happen if you live in hostel yang penuh dengan disiplin [tapi lihatlah hasilnya sekarang hahaaaaaaaaaaaaaa].

Anyway, lepas dah separuh mati menghabiskan larian I would definitely want to let my buttocks rest on any surface tapi mesti akan ada orang tegur

“Chics, lepas lari or exercise jangan dudukla, nanti bontot kau besar!”

And that time I was like, takdenye bontot aku nak besar derr. Tengokla badan aku ramping dan lidi. Hoh! Lalu dengan eksyennya duduk dan menunggu na kbreakfast.

And I keep doing that, by that I mean duduk dan kadang-kadang baring lepas berlari atau bermain permainan seperti baling selipar, main getah atau anak ayam dikejar musang. Layan okkkkk!

Dan sekarang, kau terimalah akibatnya budak degilllllllllllllllllllll. Bukan sahaja bontot aku besar, malah kelihatan cottage cheese tersusun pula :( . Gila susah nak hilangkan. Nak je aku pergi slimming center, offer pon dah terbuka luas tapi disebabkan aku rasa aku bukanlah tahap kronik sampai nak pegi slimming center dan menghabiskan ribu-ribu yang lagi elok kalau aku beli kasut, belanja mak makan dan sebagainya, baik aku berusaha sendiri. Cewahh ayatt.

Cakap je lebih, baru buat lunges 10 kali dah menyumpah-nyumpah. Tapi tula masa tengah berpeluh-peluh mengexercise atau ber-brisk walk aku selalu menyesali diri.

Apsalla dulu aku suka duduk lepas senaman.

Eeeeeeeeeeeeee[sila baca dengan nada geram bukan keji]

Tapi tula bak kata sang kancil dalam cerita monyet dan kancil, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Aku ni ibarat monyet tula “Aku nak buah tu, aku nak buah tu. Aku nakkkkkkkkkkkk juga”

Ha. Ambikkkkkkkkkkkkkkkkkk.

18 comments

Memories of Kuantan

by chics on Thursday, 18 December 2008 - 12 am · 18 comments

in nostalgia

I stayed at Kuantan for 2 years. Was forced to stay thanks to the new education minister that time, he who shall not be named yang menggatal nak suruh asasi UM franchaise. I have to say I don’t really have many fond memories yet I still have a few yang masih segar di dalam ingatan. Ayatt, tak nak kalah tu.

  1. Nasi Ayam Taman Guru
    Somebody told me Norman Hakim used to stay here tapi that’s not the point. Sometimes when I feel like having something else rather than the cafe food, I will go to this gerai which was located only few meters away from the college. Tapiii kene ayuh cerdas, siapa lambat nanti habis.

    Nothing special about this place nor the nasi ayam. Just that best dapat keluar walaupun sekangkang kera dekatnya.

  2. Coconut Shake
    Boleh dibeli dipasar malam. The thing is I was skeptical the first time I saw them. Coconut what? But holy shit, they tasted so sedap! Sungguh nyaman dan creamy.

    I tried to look for it here but so far, luck is never with me. Pernahla aku ternampak sekali but that time I was in a rush and it was during fasting month.

  3. Kompleks Teruntum
    Horror ok yet I still went there to get my cash from the ATM, situ yang paling dekat and cepat. Why horror? Coz it’s so dim dan dipenuhi dengan orang yang scary.

    I watched a movie at the teruntum cinema tu, masa tu megamall tak siap lagi [bukan mdivalley megamall tapi Kuantan megamall]. It was Mulan and I was freaking scared but feeling takjub at the same time. Scared sebab seperti cinema berhantu, macam bila-bila masa je hantu boleh muncul. Takjub because old school gila wayang ni, reminded me of the old times when we go watch karate kid or main-main hantu at rex/capitol or the old cathay.

  4. Teluk Cempedak
    Tempat dating dan menjiwang. Bawak buku konon-konon nak study, buat tutorial. Poodahhhhh!
  5. Kedai siam yang aku tak ingat nama tapi sedap gila
    Can’t remember the name but it was located sebaris dengan college tapi kau kene jalan jauh sikitla. The kerabu sotong was bloody sedap and tersangat pedas, sehingga mengalirkan air mata.A bit pricey but still, sedap punya pasallllllllll 2 -3 kali seminggu mesti pergi.
  6. Sampan
    Once our college was flooded and one of the girls tiba-tiba terjumpa sampan. The flood was not that high but still, flood is still floodlahkan. Dengan jakunnya budak-budak ni take turn naik sampan, termasuklah aku. hehe best siot!

    Siap nyanyi lagu dayunggg sampann..dayung, dayung sampannnnn sambil mendayung menggunakan apa yang ada

  7. Angsa Pn. TakIngatNama tapi ajar Fizik
    There was this one lecturer who I like sebab dia sungguh cool walaupun garang. Dia juga adalah sempoi, rumah kayu yang tinggi, dibawah rumah itu tinggallah 2 ekor angsanya[kadang-kadang boleh nampak babi jugak]. Hobi angsa-angsa itu adalah mengejar orang.

    Pantang aku lalu nak pergi town, mesti angsa tu keluar nak sudu. Sungguh horror!

  8. Flasher
    In front of that lecturer’s house, lived a guy who his hobby was to flash his dick to people. But apparently it was not his fault. Dia tak betul sikit, hence suka lari-lari bogel.

    Aku agak takut [agak tu haha], selalu berdoa janganlah ada angsa ataupun flasher itu.

  9. Ah Lok Cafe
    Cafe yang popular tapi aku tak penah pergi. Tapi aku suka pergi satu kedai ni yang jual macam-macam bubur. I always order nasi air. Setap!

    Lagi satu cafe yang aku suka dekat Kuantan masa tu adalah Noki’s Cafe. Masak asam dia sedap gila ok! Ada lagi ke tidak Noki’s cafe tu hah?

Itu jela yang aku ingat, yang lain macam hilang dalam ingatan. Okla aku tipu ada la aku ingat lagi tapi saja tak nak ingat sebab sungguh terasa taik bila ku pikirkan semula.

Tsk. For no reason tiba-tiba aku rasa melancholic

18 comments

Cerita tuition

by chics on Friday, 12 December 2008 - 9 am · 26 comments

in life,nostalgia

I hated tuitions but my emak loved to send me there.

1990 –Darjah 3


My first ever tuition was at Robert Lam Language Centre, masa tu aku darjah 3 kot. If you think my English now is horrible, you should see me when I was 10, sepatah haram aku tak paham. I remember vividly satu soalan kertas english yang berbunyi

“How many petals are on a hisbiscus flower?”

I was like, WTF is petals? Hibiscus pon aku tak tau apa, bunyi macam biskut tapi flower tu macam bunga.

hibiscus

Ni bunga ke biskut ni?

Seriously. I was that stupid.

Maybe my result really stinked that my mum decided to send me for tuition. Maka bermulalah kehidupan aku sebagai budak yang poyo, rajin belajar dan sebagainya. Yet, me english improved la jugak takdela benak sangat. Bolehla lepas setakat nak cakap “yes”, “no”, “allright” atau “teacher may I go to the toilet?”

Walaupun aku tulis aku benci tusyen masa awal-awal entry ini, I loved this particular place because the teachers were great and there were few cute guys yang komfemla tak notice aku. Ada satu budak ni kitorang kasi nama “Mr. Softie” bukan sebab dia lembut tapi nama die dekat-dekat dengan nama ice cream yang jual dekat 7 E masa tu. Aku sukalah dia, cute sangat [mintak-mintakla dia tak baca blog ni].

1992 –Darjah 6

And then when I was in primary 6, emak send me to another tuiton center. Not actually a centerla more like rumah bujang. Cikgu tusyen tu semua lelaki-lelaki bujang, rumah pon ala-ala kapal karam. Masa tu aku nak pergi tusyen rumah cikgu adam, cikgu tusyen yang femes dimana budak-budak hip semua pergi tusyen situ tapi mak tak kasi. Dia kata tusyenla kat tempat lain. When I think about it kan, mak aku masa dulu memang tak suke aku nak bersosial-sosial sangat. Kalau dah rama kawan-kawan nanti, bukan belajar namanya. Ttapi yela jugak, ramai budak-budak yag tusyen dengan cikgu adam bukannya dapat 4 A pon [ayat keji haha].

Anyway, one evening masa tengah tusyen, this one chinese boy telah disuruh oleh cikgu to read something from the workbook. Diction dia ni memang fail, haram aku tak paham. Yang aku ni pulak poyo, sibukla nak betulkan pronunciation orang, budak tu pulak degil. Dah tahu salah tanak ngaku. Aku betulkan dia buat muka ciok, aku betulkan dia buat muka lagi dengan tambahan mata besar.

At the end, aku bergaduh mulut dengan dia diakhiri dengan aku menangis sebab budak tu cakap

“You and your parents can go to hell!”

Kemaklah, kekecik dah pandai. Aku masa tu tak pandai mencarut lagi so I did what I do best, which was nanges.

I bet he really enjoyed what he did because the next day, when he saw me dengan muka keji dia berkata

“Awak dan emak awak boleh pelgi MELAKA!”

And I was like “Hahahaha melaka..haha melakaaaaaaaaaaa.. hahaha bodoh tak retii cakap melayuu” diikuti dengan gelak-gelak dari satu kelas. [Itu jela ayat keji yang aku boleh pikirkan masa tu]

a-famosa-melaka-

Pegi Melaka, aku pon nakkkk

Lepas tu budak tu pulak yang nangis [ok ni aku tambah supaya ada unsur heroic terhadap diri sendiri hehe]

1995 – Tingkatan 3

Then when I was about to sit for my PMR, bila cuti sekolah emak send me to emkay tuition near my house. Gila tak boleh blah, masuk-masuk je terus belajar pecahan.

Sila selesaikan soalan ini: 1/2 +1/46 = berapa?

Bukanla nak eksyen [ye tapi sebenarnya tujuan aku memang nak eksyen pon haha] setakat pecahan macam tu tak perlula nak pergi tuisyen, cubala discuss soalan mencabar sikit ke apa ke. After few days I stopped going sebab sorry to say, tak mencabar otak. Konon-konon nak cakap terrer mathsla kan padahal memanjang fail hehehe, kalau tak takkanla mak aku sampai nak hantar tusyen.

1996 – Tingkatan 4

Masa tingkatan 4 pulak, sebab report kad selalu banyak merah, emak sekali lagi nak suruh aku pergi tusyen but this time instead of me going, she asked for a teacher to come to my house. Kire macam one on one la, barula ok sikit kan. The problem is, you knowlah teenagers, semua tak nak, tahu nak ngamuk je.

The teacher who was supposed to teach me was a jambu male teacher. Gila jambu, bibir merah kalah bibir aku ok.

His intro was like this

“Hi, nama saya Syukur as in syukurrrrrrrrr alhamdulillah!”

Dalam hati aku, kau ni apahal?

And he rose sambil menulis dekat white board [we used to have white board at home] sambil tangannya melentik-lentik. I can’t remember whether he managed to deliver anything to me or not sebab aku series tak saba nak tunggu dia balik.

Sekali tu je dia datang sebab besoknya aku kurung dia dekat luar. Tak nak buka pintu.

Lepas tu aku rasa mak aku dah fed up, tak hanta-hanta tusyen sampai sekarang.

26 comments