family

Datang membawa cipap

by chics on Thursday, 31 March 2011 - 12 am · 22 comments

in 18 sx,crap,family

My cousin is going to have a double birthday party for his two boys this Saturday. I was talking to the sister on YM and asked her wther she wanted me to bring anything.

She said bawak cheese tart pun bagus masalah aku tak reti, memang ada orang yang boleh buat iaitu Dasheila tapi suntuk gila and to be honest, I don’t have the time to fetch those yummy babies [menggelupur hidupku sekarang!] so aku macam tanya dia, whether dia nak aku bawak cupcakes or brownies.

She said brownies.

So just now emak called

Emak: Bla..bla.. tak masak kek  hari ni?

Me: Tak, masak macarons je. Orang banyak order tu dengan brownies. Oh lupa, sabtu ni kita nak bawak brownies.


Emak: Aahh ok, tapi bukan pakcik jat kata nak bawak?

Me: Laa ye ke? Sebab kita tanya ayang, nak bawak apa? Mula-mula dia kata nak suruh bawak cheese tart.


Emak: Haaaaa? Apaaa? Dia nak suruh bawak CIPAP?

Me: Cheese tartla!


Emak: CIPAP?

Me: Cheese tartlah! Cheese tart!


Emak: Nak buat apa lagi bawak CIPAP?

Me: CHEEE.SE TAAAA.RT!!!!


Emak: Ohhhhhhhhhh cheese tarttt. Mak ingatkan nak bawak cipappppp

 

Kenapa mak aku niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii? Motif cousin aku pesan nak suruh bawak cipap?

Itu komfem-komfemlah bawak ok!

 

Sekarang barulah aku tau kenapa aku selalu pekak. Hoh!

Wah tetibe nak salahkan emak :P

22 comments

Birthday dinner at Ayers Rock, Bukit Jelutong.

by chics on Wednesday, 2 March 2011 - 12 am · 6 comments

in family,food,review

Aie was very kind and generous [kene puji sikit hehe] to belanja us all at Ayers Rock, Bukit Jelutong to celebrate emak’s birthday.

I’ve read about this place form rumet’s blog and had told emak about it, tapi masa tu mak layan tak layan aku je. Tapi when her friends tetibe bercerita, baru dia beriya nak pergi.

Birthday girl dapat hadiah

Mak punya favourite food adalah steak, kalau selama ni suka sangat pergi Victoria so kali ni try kedai ni pulak.

Brooch yang cantik from Lyn and Aie

Lyn and Aie

The resturant also serves as a butcher shop. You could find different types of meat here tapi choice dia takdelah banyak melampau.

One thing about this place is, the way they cook their meat is so simple takde gravy nor style yang pelbagai jenis. Tapi perfect sebab dengan cara yang simple tu, you can actually the taste the meat.

I tell you, they were juicy!

Mine - Grainfed rib eye steak

Initially I wanted to order shortribs tapi takdela pulak so I ordered the grainfed ribeye steak instead, it costs around RM50. I asked the girl what’s the difference between the normal ribeye and the grainfed ones, she said the grainfed is more tender.

True enough. Sangat tender.

What I like about this steak was the simplicity. Mine was medium rare yet it was “cook” enough and I did not get the “muak” feeling. Infact, I managed to finished the whole chunk walaupun adalah full sebenarnya [belasah 1901, bubble tea and keropok apa ntah before the dinner].

Aie's fat burger

I did not taste this burger but I believed it was not bad too and the price is very afforadable. RM 20 / rm 25[not sure] for a fat-200 gram- juicy burger.

Emak's grainfed tenderloin steak

Did not taste this either but emak said it was not bad.

Lyn ordered some lamb tapi takde gambar sebab masa ni tukang ambik gambar [emak] tengah busy makan hehe.

Muka kenyang

The menu was pretty straighforward, it was all about the meat. No appertiser or dessert.

So do not expect something fancy. If you are all about juicy meat, then this is the place.

Cakap apa pun tatau sampai berkerut muka.

They also have other branches at Wangsa Maju and Kota Damansara.

 

Would I come back?

Definitely.

6 comments

Selamat Hari Jadi, emak!

by chics on Tuesday, 1 March 2011 - 11 am · 16 comments

in family,happiness

Hari ini adalah harijadi emak saya.

Emak saya pandai mengaji dan pandai memasak. Sambal tumis udangnya adalah yang terbaik di dalam dunia.

Semasa muda, saya selalu berselisih faham dengan emak saya dan jarang bercakap tapi setelah saya semakin dewasa, saya dan dia sangat rapat.

Bila dia pergi berjalan-jalan ke luar negara, saya pasti menangis sebab berasa rindu [tapi saya rasa mak saya tak tahu akan hal ini, saya digelar perempaun hati keras oleh emak].

Walaupun emak saya garang umpama naga, tetapi dia adalah seorang insan yang tetap akan menyokong saya dalam apa benda yang saya lakukan. Dialah juga emak yang menangis bersama saya bila saya rasa dunia saya hendak runtuh, dan memberikan saya kekuatan untuk saya menghadapi kenyataan :)

Selalu orang nampak emak saya tersenyum tetapi apa yang ada di dalam hati, tidak ramai yang tahu. Pun begitu, emak masih tersenyum dan ketawa-ketawa, macam tiada apa. Kadang-kadang saya tidak tahu bagaimana emak melakukannya.

Kata emak, saya kuat orangnya. Saya cakap tidak. Tapi emak tetap mengiyakan sambil berkata you got it from me. Saya memang setuju emak seorang yang kuat, tapi saya kurang pasti bahawa sifat kuat itu turun kepada saya. Apa yang saya pasti saya mengikut sifat emak yang lain seperti menggelupur, kuat menaga, berdikari dan sukakan kucing.

Hari ini saya gembira kerana emak telah dipanjangkan usia dan melihat wajah emak yang bersih bila saya kucup pipinya sambil mengucapkan happy birthday. Tapi disebalik itu saya turut berasa risau dan sedikit terganggu.

Berapa lama masa lagi saya dapat bermanja dengan emak?

 

 

16 comments