Pemanggang ajaib!

in review

Hari tu Tinah cakap dah lama aku tak post gambar makanan bulan puasa.  Aku cakap haah, betul jugak, sebab aku takde mood.

Tapi hari ni mood itu telah datang, hanya kerana pemanggang ajaib.

In the box

 

Unboxed

Disebabkan Aie dengan Lin berbuka dekat luar, aku dengan Haikal [cousin aku merangkap helper] balik berbuka dengan mak. Mak pulak sexcited nak try pemanggang ajaib jadi mak telah memasak ayam panggang kesukaan aku.

I tell you, ayam panggang mak aku ni sangat setap, sebelum ni dia masak pakai oven tapi lepas beli benda ni and google dekat youtube, mak decided to try panggang pakai pemanggang ni.

Mula-mula aku heran jugak sebab, macamana seekor ayam boleh masuk dalam tu. Mak kata bolehhhh, belah dua ,masukkan and tutup [or kepit].

Nama je ikan tapi ayam pun boleh jugak hehe.

 

Ni gambar masa ayam tu separa masak and masukkan kentang, usuallu masukkan baby carrots sekali tapi sekarang bukan season. Masa ni bau dia dah harum semerbak – bau butter and rosemery and entah apa herbs lagi tah, aku pun tak sure [aku makan je tau]

Few minutes after that inilah hasilnya

 

Nampak tak gravy dia tuuuu? Kalau pakai oven, gravy dia tak banyak sangat macam tu, tapi pakai pan ni, gravynya banyakkkk. And aku rasa sebab dia tercompress macam ni, gravy dia macam tak terpeluwap.

Masa nak potong ayam ni, mak terjerit

“Senangnya nak potongggg, tak liat apa pun and masak betulll”

Sesungguhnya aku memang tak reti bab potong ayam jadi aku iyekan jelah sebab tak tau pun perbezaannya.

Dan tidak melekat dekat pan tu pun.

Tak payah nak sental apa bagai

 

Dah dekat nak berbuka, macam biasa aku siapkan meja.

Usually kalau pakai ove, natural gravy dia tak banyak so mak buat mushroom gravy but since dah masak, ada natural gravy, aku hidangkanlah keduanya sekali – rasanya campur dua gravy ini adalah sangat setapppppppp.

Oh ye, contribution aku adalah coleslaw yang terlebih air dan bun yang di beli dekat tesco. Tu jelah yang boleh harap aku ni.

Gambar close up yang nak buat you bunnies sakit otak.

Ayam dia moist and tak kering and the rasa ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh orgasma berganda!

 

Dulu aku agak malas nak buat ayam ni sebab lecehla, nak keluarkan from oven banyak kali, panas naknya bila gravy dia terpeluwap tu tapi aku tengok mak buat senang je anddd bila bawah dah masak, pusingkan je pan tu. Air dia tak menitik pun. Agaknya sebab tula di panggil pemanggang ajaib heh.

Hari tu aku ada tengok offer dekat groupon, brand happycall kot tapi dia macam ada coating line [apa ntah panggil benda ni] dekat bahagian bawah je, yang ini, dua-dua ada aku tau pasal aku dah tengok happycall]

Bahagian atas

Bahagian bawah

Aku beli satu jugak sebab sexcited nak masak macam-macam. Especially bila goreng ikan or telur dadar. Tak payah aku manually flip dah yang end productnya selalu hancai especially telur dadar.Dan tak perlu nak meletup-letup di muka.

Best kan? Ann? Annn?

 

Nak beli?

Bolehhhhhhhh jewwww.

 

Ni salah satu benda yang mak aku jual selain segala entah apa tupperware pinggan mangkuk bagai.

Harga dia adalah RM129, tapi tak termasuk penghantaran la, itu kira lain.

Mula-mula aku kedekut taik idung masin nak beli sebab kalau 30 inggit nakla aku beli tapi sebab macam bestla pulakkkkkkkkkkkkkkkkk jadi rasa worth it.

Kalau nak beli sila email saya di chicsinred [at] chicsinred [dot] com.

Besttttt, tak payah susah-susah nak beli oven nak masak ayam panggang, setak apa bagaiii.

Tik tik [bunyi pemetik api letrik] dan masakk lepas tu makannnnnnnnnnnnn.

 

Nyammm.

 

Eh lupa pulak puasa.

 

Ok tata.

 

 

 

 

 

 

 

 

Thanks for rating this! Now tell the world how you feel - .
How does this post make you feel?
  • Excited
  • Fascinated
  • Amused
  • Bored
  • Sad
  • Angry


{ 18 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

  • Saturday, 6 April 2013 - 6 pm, 6:58 pm akubiomed

    Sudah terjebak dengan membeli pemanggang ajaib ini. :-)
    akubiomed´s last blog post ..Pemanggang ajaib k-popMy Profile

    Reply
  • Saturday, 9 February 2013 - 7 pm, 7:14 pm nur hafeza

    Salam sis, brape klu skali pos kt shah alam?

    Reply
    • Wednesday, 10 April 2013 - 2 am, 2:05 am chics

      kalau nak a,bik jelah dekat rumah mak i dekat shah alam :). email me for info

      Reply
  • Sunday, 4 November 2012 - 11 am, 11:23 am man

    awasi penggunaan pemanggang ajaib ni. memang bahan utama untuk buat alat ni ialah dari bahan aluminium, tapi lapisan teflon (lapisan cat hitam) dalam pemanggang itu amat berbahaya. Pengguna akan mudah termakan teflon yang akan tanggal dari lapisan dalam pemanggang itu dan masuk ke usus kita. Begitu juga, terdapat satu lapisan bahan getah sintetik iaitu getah sintetik melapisi bahagaian tepi pemanggang ini. bahan ini semuanya adalah carccinogen, iaitu boleh merubah genetik DNA manusia dan boleh menyebabkan kanser. Jika teflon dibakar, ia boleh menyebabkan gejala sesak nafas, demam, batuk2 berterusan, penurunan bilangan sel darah putih, sakit sendi etc.

    Lihat MSDS (material safety data sheet) tentang bahan Teflon ni dari DuPont USA. http://www.mikeholt.com/documents/mojofiles/DuPontTeflonFEP2003MSDS.pdf

    Reply
  • Wednesday, 26 September 2012 - 12 pm, 12:52 pm ieja

    boleh ke bg resipi aym yg mak awk buat tu???nmpk sdp je…

    Reply
  • Sunday, 12 August 2012 - 12 pm, 12:56 pm Mazu

    aku yang terlambat baca post kau ni rasa berminat nak beli. Bagaimanakah? kena email kau? :-)

    Reply
    • Monday, 13 August 2012 - 4 pm, 4:36 pm Chicsinred

      tak payah, message dekat fb pun bolehhh

      Reply
  • Monday, 6 August 2012 - 1 pm, 1:40 pm Cima Shark

    kalo order kat mak ko boleh dapat resepi ayam panggang sekali tak?

    Reply
    • Monday, 6 August 2012 - 10 pm, 10:48 pm chics

      kalau nak mesti bolehhhh

      Reply
    • Saturday, 11 August 2012 - 1 am, 1:03 am Chicsinred

      bolehhhhh

      Reply
  • Saturday, 4 August 2012 - 11 am, 11:30 am Uda

    anda telah buat saya tergoda, dgn pemanggang anjaibbb!!! (mmg saja eja anjaiab)

    p.s. mak ada ngigau lagi? “ala, yg itu RM129 jeee” ;-) hehehe

    Reply
  • Friday, 3 August 2012 - 4 pm, 4:55 pm Ayaqmasak

    omaigat mak saya pun beli pemanggang ajaib ni haaa. memang best la. bakar daging ke apa semua jadi macam moist sedapppp slurp. dah la tak melekat. heee sukaaaaaa.

    Reply
  • Thursday, 2 August 2012 - 4 pm, 4:44 pm Nzrina80

    Hahahahah…sama la. Now my fav pan.tefal pun tak boleh lawan.goreng telur punpakai ni jugak!

    Reply
  • Thursday, 2 August 2012 - 3 pm, 3:26 pm ♥ Izzy ♥

    Hahahah last few months kitorang buat bbq pun bakar pakai pemanggang ajaib ni. Memang ajaib sangat. Dah la kurang asap. Masak pun cepat, tayah alih2 lak tu

    Reply
  • Thursday, 2 August 2012 - 11 am, 11:08 am Buyuiazliana

    waaaaaaaaaaaa mmg aku nk cr pemanggang ni..aritu boss aku beli k kedai dekat2 sini.. tp dia ckp stok ade 5 je..(maybe sekarang dh abes org cekau) nak!!

    Reply
  • Thursday, 2 August 2012 - 10 am, 10:19 am nona

    kat langkawi rm60 je…

    Reply
  • Thursday, 2 August 2012 - 5 am, 5:56 am suliana sulaiman

    dah lama jugak aku cari pemanggang jenis ni..tp ada sedikit ‘kedekut taik hidung masin’ gak sbb  rega dia 100++ tp blh consider murah lagi tu..nama dia mcm barang2 poket doraemon plak..’pemanggang ajaib’ …hehehe..

    Reply

Previous post:

Next post:

Page 1 of 11