Awas perangkap awassss.

I seldom go out these days, I prefer to do everything online, will only go out if I have to.

Tapi bila nak keluar memang lamalah aku akan keluar, kira macam sambil menyelam minum air, hantar order dekat customer lepas tu akan singgah mana-mana unless I have another order waiting.

Semalam I went to deliver some stuff and went to buy my baking stuff at Damansara. Dah sampai Damansara tiba-tiba gatal nak pergi makan dekat IKEA. Dah pergi makan dekat IKEA, gatal pulak nak window shopping.

Kata je nak window shopping tapi bila syaitan sudah berbisik

“Come on chics, you need this, and this and thisssssss”

Maka jahanamlah jadinya. Aku siap nak datang balik nanti sebab tak cukup tangan nak bawak barang hehe.

Itulah dia, perangkap wanita.

Dekat Klang Valley ni, terdapat beberapa perangkap wanita. Sekali kau melangkah terjerut dan terjerat diri. Tak payah masuk kedai, lalu dekat luar pun dah cukup. Umpama perangkap tikus, lalu je dekat luar dah terbau makanan yang enak, tapi bila masuk, zasssssssssssss.

  1. IKEA
  2. Walaupun barang dia kualiti agak out tapi design dan harga dia memang memerangkap. Nak nak bakul sampah kaler kaler harga 3 inggit. 3 ringgit, are you insane? Ambik sepuluhla [tak sedar menjadi 30 ringgit :|]

    Tu satu, lepas tu kau jalan sambil berangan-angan. Bestnya kalau…[sila lengkapkan ayat di bawah tidak melebihi 30 patah perkataan].

    Aku yang tadi ada 5o inggit je terus pergi maybank dekat bawah keluarkan duit hehe. Ampun kan I yang.

    WTH?

  3. Daiso
  4. Panggilan RM 5 satu yang menjerat. Memangla RM 5 satu kan, kalau kau ambik 20 barang?

    Lepas tu barang-barang dia yang sangat cute adalah sangat tidak membantu. Hari tu aku pergi nampak bekas sabun bentuk kepala bunny yang comel, ambikkk. Lepas tu plastik massage muka, ambikkk padahal haram aku tak reti nak guna.

    Tu tak campur barang dapur chopstick sudu apa jadah tah lagi.

    Bila balik aku macam, oh no, acik di perangkap!

  5. Diva
  6. I am a sucker for fashion accessories and jewelleries.

    Yummy!

    Pergi mana-mana mesti mau beli jadi bila lalu Diva adalah benci.

    Sebab I think it’s quite expensive memandangkan kalau kau pandai cari and suka berjalan, you can find similar items with good bargain. Despite all that, aku mesti akan terignore fakta itu lalu membeli unless masa tu tiba-tiba aku tersedar dari pukauan.

    Banyakla kau pukau.

  7. Charles & Keith
  8. Ini lagi satu macam haram. Mahal tapi sakit kaki bila pakai.I mean mostly stilettoes or high heels memangla sakit kaki but bila pakai sexpensive shoes usually takdela rasa bahagian depan tu macam sakit sangat sebab bergesel, ok not really true but nevermind.

    But still, macam semalam, when I was walking at the curve tiba-tiba terpandang charles & keith and my heart leaps.Terus tak sabar-sabar nak masuk walaupun I have been telling myself so many times, bulan ni tak boleh beli kasut.

    To my defense, I didn’t buy cuma it proves that kedai ni memang perangkap, dah tahu tak boleh beli nak jugakkk masukkkk.

  9. Sasa
  10. Wecome to Sasaaa, kata amoi suara sengau dengan mekap 83 inci tapi aku sengih-sengih jugak bila masuk. Bukan sengih dekat amoi tapi sengih sebab dari jauh mata aku dah bersinar bila nampak tanda “sasa” tu.

    Boleh gila masuk sasa lalu membeli kuku palsu [wtf?], bulu mata plasu, curler, sponge muka tahapa-hapa dan sebagainya.

    Idea untuk hari raya?

    Lepas tu pulak bila kau nak bayar dia offer jadi member ke apa jadah tah, dia kata nanti you beli ada diskaun on certain items apa ke jadah.

    Dan kau sebagai perempuan insan yang lemah berasa bijak tiba-tiba. Haahla kalau aku sign up, mesti aku boleh lagi jimattttttttt.

    Zasss, terkena perangkap.

    Fail!

Ye aku tau ni semua perangkap, tapi next time mesti aku terjebak lagi.

Hairan betullah!

{ 20 comments… add one }

Leave a Comment


one × 4 =

CommentLuv badge

%d bloggers like this: