Selamat Hari Jadi, emak!

by chics on Tuesday, 1 March 2011 - 11 am · 16 comments

in family,happiness

Hari ini adalah harijadi emak saya.

Emak saya pandai mengaji dan pandai memasak. Sambal tumis udangnya adalah yang terbaik di dalam dunia.

Semasa muda, saya selalu berselisih faham dengan emak saya dan jarang bercakap tapi setelah saya semakin dewasa, saya dan dia sangat rapat.

Bila dia pergi berjalan-jalan ke luar negara, saya pasti menangis sebab berasa rindu [tapi saya rasa mak saya tak tahu akan hal ini, saya digelar perempaun hati keras oleh emak].

Walaupun emak saya garang umpama naga, tetapi dia adalah seorang insan yang tetap akan menyokong saya dalam apa benda yang saya lakukan. Dialah juga emak yang menangis bersama saya bila saya rasa dunia saya hendak runtuh, dan memberikan saya kekuatan untuk saya menghadapi kenyataan :)

Selalu orang nampak emak saya tersenyum tetapi apa yang ada di dalam hati, tidak ramai yang tahu. Pun begitu, emak masih tersenyum dan ketawa-ketawa, macam tiada apa. Kadang-kadang saya tidak tahu bagaimana emak melakukannya.

Kata emak, saya kuat orangnya. Saya cakap tidak. Tapi emak tetap mengiyakan sambil berkata you got it from me. Saya memang setuju emak seorang yang kuat, tapi saya kurang pasti bahawa sifat kuat itu turun kepada saya. Apa yang saya pasti saya mengikut sifat emak yang lain seperti menggelupur, kuat menaga, berdikari dan sukakan kucing.

Hari ini saya gembira kerana emak telah dipanjangkan usia dan melihat wajah emak yang bersih bila saya kucup pipinya sambil mengucapkan happy birthday. Tapi disebalik itu saya turut berasa risau dan sedikit terganggu.

Berapa lama masa lagi saya dapat bermanja dengan emak?

 

 

  • http://www.of-being-beautiful.blogspot.com Syana

    :) selamat harijadi emak chics.

    sedihla baca chics.. tsk. sy dah tak ada peluang.

    tapi sifat naga memang boleh diwarisi.. :)

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      terima kasih. tak apa, walaupun dah tak bersama, kasih sayang eamk awak tetap sama :)

  • http://xs2rockstar.blogspot.com rawkstar

    happy belated birthday mak chics.

    chics, bulu mata mengancam. aummm

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      thank you, tu bulu mata masa raya. macam merak gila dah aku hahahaaa

  • ayaq

    happy birthday makcik!!!!

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Thank you

  • Uda

    Makcik!!! Selamat ulang tahun kelahiran!!!! Muaaaah!!!! HAHAHA!!!

    p.s. mak kamu pernah ckp saya hensem. sampai harinie saya ingat ;-) hehehehe :p

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Ciss i pon tak ingat bila masa dia cakap. Thanks!

  • http://theaccidental-wife.tumblr.com/ sara

    happy brithday mak chics! semoga panjang umur and murah rezeki. amin!

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Amin. Thanks babe! :*

  • http://5ha5ha8lackkatz.blogspot.com/ shasha

    tanjoubi omedeto mak chics!

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Arigatou!

  • http://peejburhan.blogspot.com peej

    selamat hari jadi emak chics.
    semoga dia diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang.
    serious emo baca entry ni.
    me miss me mother. :cry:

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Terima kasih, aku kan memang emo :P

  • http://dapurmakkintan.blogspot.com/ mk

    happy birthday to auntie!!! semoga panjang umur lagiiiiiiiiiii….murah rezeki.

    hmmm…soalan yang last tu buat bergenang air mata je ok chics. Anyway akak doakan chics dapat bermanja lagi dengan emak untuk tahun-tahun yang akan datang…tahun tahun tahun tahun yang akan dataaaaaaaaangggggg… lamaaaaaa lagi dapat bermanja ok!

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Aminnn and thank you!

Previous post:

Next post: