When I wanted to get in the car to go to emak’s place for the night, I saw mama the cat standing on the awning. I was scared that she might jump as the car moved but thankfully she did not.
When I got back the next day, she was still there. Well, not really therelah. Somewhere there, iaitu di atas ceiling.
Terperangkap.
When I reached home, I called for all the cats to feed them, semua except mama ada so I called her name. No answer. Ok, maybe dia tengah jalan-jalan and will be back soon, dah banyak kali macam tu.
But as I stepped into the kitchen sambil bercakap-cakap dengan kucing-kucing yang lain [sian diaaa, cakap dengan kucing je], I heard a loud mew from an untraceable source.
Seriously, aku tak tahu mana datang bunyi tu. Macam dari bilik belakang, tapi bila pergi bilik belakang takde pulak. Tempat lain pun sama. After few minutes figuring out, aku rasa dia dekat atas bumbung. Ni mesti melepak dari semalam lepas tu tetibe tak tahu turn ni tau.
Proses nak menengok samada dia ada atas bumbung adalah keji, aku terpaksa melompat-lompa tetengah hari buta depan rumah sambil diperhatikan oleh construction workers dari rumah berdekatan. Mesti diorang fikir, anak siapalah yang terlompat-lompat tetengah hari buta ni?[aku dah guna kerusi tapi tak nampak]
Masa ni, suara mama dah beralih dari dapur ke depan rumah, meaning, kalau aku lompat komfem nampak.
Setelah berjaya membuat lompatan tertinggi, ternyata dia takda, meaningggggggg, dia terperangkap atas ceiling, bawah bumbung.
My tekaan adalah terbukti bila dengar dia berjalan and mencakar-cakar dari atas ceiling. How the hell did she get in there, aku pun tak tahu.
Ah sudahhhhhhhhhhhh, camana aku nak suruh dia turun niiiiiiiii? Dahla dia ni buta sebelah, surelah penglihatan dia tak berapa bagus.
Makin lama mkin kuat dia mengiau. Kalau aku biarkan mungkin dia akan mati keletihan, kehausan, kepanasan.
Shitttt. Time-time macam inilah rasa nak hempas badan dekat perabot sambil bertanya kenapa you takde siniiiiiiiii, bedmate? Kenapaaaaaaaaa? Kalau tak mesti senang, I buat muka panik + gedik mesti you dah settle kannn.
Haihhh.
Nak tak nak, terpaksalah aku settlekan sendiri.
Lepas puas survey ceiling rumah, I noticed there’s an opening to the ceiling dekat wardrobe room. Cumaaaaaa ianya dalah tinggi.
Ahhhhhh tapi, takpe, aku ni bukannya pendek sangattttt.
Dasar tak sedar diri aku terbukti, bila aku ambil kerusi dan berdiri lalu menyedari, kalau letak 2 kali aku pun belum tentu sampai.
Babis.
Setelah berusaha memanjangkan badan gagal, I opted to pinjam tangga dekat rumah emak. Nasib baik rumah mak aku dekat, kalau rumah mak aku dekat Glasgow?
Dalam kereta mendapat idea untuk mengheret adik aku mintak tolong, tapi impianku musnah bila nampak dia keluar nak pegi keje.
Cubaan kedua, memanjat tangga untuk nak ke lubang ceiling itu. As I am typing this aku terfikir. WTF was I thinking, tak takut ke nak naik ceiling? Tetibe dah naik nampak err..err ok hari dah malam jadi aku tak berani nak type.
Anyway, walaupun dah panjat tangga tetap tak sampai okkkkkkkkkk!!
Tak sampai jugakkkkkkkk
Masa ni aku macam bertanya sambil memaki sendiri, apasalla aku tak tingggi niiiiiiiiiiiiiii? Kalau aku tinggi macam Giselle Bundchen komfem aku dah bukak ceiling dengan muka ala-ala supermodel okkkkkkkk.
Ini tidakkkkkkkkkkkk.
Dahla panas, sebab aku tutup kipas. Kang bukak karang, terputus pulak kepala aku kene kipas. So adalah berpeluh nak mati.
Muke berlengas dan keciwa. Sempat jugak nak cazmwhore tu kan.
Aduhhh. Macamana ni?
Perlukah aku panggil bomba? Tapi kejinya nak suruh bomba masuk rumah aku yang terdapat pelbagai artifak yang agak mengejutkan di dalamnya. Tapii kalau aku tak panggil, mama mungkin mati.
Arghhhhhhhhhhhh.
Dalam aku bermonolog sendirian, tetibe aku nampak seekor kucing buncit melompat masuk.
Mama!
Wah, walaupun kau buta dan suka memekak tetapi ternyata kau tak crack under pressure. Berkesan juga latih tubi yang akak berikan selama ini [wtf?]
Syabas, mama. Syabassssssss.
Tak perlu akak kau ni panggil bomba.
Tapi kesian, haus betul dia. Masuk dapur terus minum air lama-lama :(
Susah gila nak ambik gambar, kene kepit dia dulu baru boleh. Nampak tak mata belah kiri yang dah buta?
Malam tu, mama and the others dapat makan sedap. Happy betul diorang.
Kucing happy, kakak pon happy :)







