Kejap lagi I will going to emak’s and sleep there. Yeay dah lama tak tidur dengan emak dengan mj sekali.
Talking about sleeping I remember one of my childhood stories.
Dulu masa sekolah rendah my brother and I have turns to wake up. So siapa yang bukan turn dia hari tu adalah sangat best sebab boleh tidur extra, walaupunn hanyalah extra 5-10 menet.
Ni kalau mak aku kejut orang salah turn, maka akan jadi sesi amarah! Dan akan berkata dalam kemengantukkan
“Bukan turn kitala bangun dulu hari ni, turn aiee!!”
Kalau mak aku rajin, dia akan layann tapi kalau dia tengah hangin dia akan menjerit
“Ahhh tak kiralah sapa punya turn, bangun! Bangun mak cakap mandi cepat!”
Dan selalunya bila dia cakap macam tu, aku komfemm akan menggelupur bangun. Apa kau nak tidur lagi? Kau nak satu taman perumahan dengar dia menjerit? Tapi lepas dia keluar bilik aku mesti kejutkan adik kau sambil marah dia and suruh dia mandi dulu pasal turn dia.
Macam bangang kan, alang-alang dah bangun tu mandi jelah tapi ni takkkkkkk tatappp nakk jugak tidur walaupun seminit dua.
Itu aku, kalau adik aku yang kene kejut, selalu berakhir dengan hanger dekat peha sebab dia tak nak bangun haha.
Walaupun dapat sambung tidur agak mencemaskan bila adik aku mandi dulu sebab bukan setakat 10 menet, 15 menet pon dia tak keluar-keluar lagi. Bukan apa, kalau dah 2o menet tak turun-turun komfemm satu seksyen akan bergema dengan jeritan mak aku.
Si aie ni bukannya mandi lama, tapi tak mandi pun. Tidur dalam bilik air, aku suspekla.
Bila orang ketuk bilik air beserta jeritan baruulaaa dengar bunyi jirusan air. Tapi sekali jela lepas tu senyapppp balik, sampailah ada orang mengamuk barulahh dengar berjirus-jirus. Lepas tu keluar mesti menangis, sebab kene marah mandi lama sangat haha.
Aku suspect dia tak mandi masa jirusan pertama tu. Sambil dia bersandar, dia ambik gayung lepas tu jirus je atas lantai, konon-konon macam mandila tukan. Cis busuk sungguh tektik itu.
Few days ago aku tanya dia, betul tak dia jirus air je and tak mandi. Sambil gelak-gelak dia pandang aku and tanya
“Mana kak nina tau haaaaaaa?”
Ces mana aku tau kononnnnn. Mestila aku tau sebab dulu masa mak suruh sembahyang aku pon buat camtu, konon-konon ambik air sembahyang heeee.
Lepas mandi, satu hazab dah lepas, ada lagi menanti.
Breakfast.
Selalunya mak akan siapkan breakfast, tak masak nasi goreng/mihun/ burger, mak akan tahan bai roti and belikan roti krim yang pembalut dia kaler putih lepas tu ada gambar strawberry kekecik, favourite aku [thanks mak].
Part tu bestla, part yang tak best, kene minum air horlick yang pekat gila sebab letak susu pekat. Manis gila ok! Tak suka ok,bila minum rasa nak muntah.
Kalau masa mandi adik aku nanges, part nak habiskan air horlick tu akuuuu pulak yang nangis. Dengan air mata yang bercucuran dan tersedu-sedu meneguk air horlick sambil berlatarbelakangkan suara nagaan
“Minum! Habiskan! Nak bagi pandai pon susah!!”
Hahahaaaa.
Bongokkk!
Bila aku ungkit kesah ni, mak mesti akan buat muka menaga sambil cakap
“Tula, bukan main hazab aku nak besarkan korang tau tak!”
Hehe.
Walaupun satu seksyen selalu terkejut-terkejut dengar suara memetir emak tapi kitorang pergi sekolah mandi dengan tak pernah miss makan breakfast.
Dan walaupun kitorang takdela sepandai mana tapi okla bolehla menjadi pujaan ramai. Haha macam gampang tak statement cas best berbau penipuan ini?
Ok tetibe aku sedih. Tapi takpe nasib baik malam ni tidur dengan emak.
Sambil tidur sambil gossip.
:)



Scroll up button
Other than that, just some minor changes, sidebar buttons and font. Tak perasan sangat.






