Cerita saya yang poyo

by chics on Monday, 15 March 2010 - 12 am · 16 comments

in crap

Hai nama saya chics. Awak semua nak dengar satu cerita poyo tak? Pasal siapa lagi, pasal sayalah. Hehe

Saya adalah tak pernah beli cd, samada yang ori ataupon cetak rompak. Ini adalah saya berkata  tentang  cd lagu ye, bukan cd cerita [apala bahasa berbelit]. Selalunya adalah download sahaja sebab saya adalah kedekut dan cas IT savvy [cue poyo bermula].

Tapi semalam saya sudah memecahkan dara tidak membeli cd lagu, asalnya dah lama teringin nak beli cd lagu ni sebab tergoda melihat iklan di tv.

Tapi adalah malu hendak membagi tahu disini.

Kerana CD itu adalahh..adalahhhhhhhhhhhhhh.. adalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Cinta 101!

Tapi bila pikir balik, apa motif saya nak malu? Saya memang chenta rock kangkang dan lagu leleh sebelum era milenium [apakah?]. Lantakla orang nak cakap saya geng hail amir dengan uji rashid ke apa pun sebab memang betul pun hehe.

Mula-mula saya tak nak beli sebab harga dia adalah RM50.90, sebagai pentaik hidung masin adalah rasa hohhhhh mahal gila aku nak beli CD sampai 50 inggitttt, but then tukang bawak kereta cakap

“Baik kamu belilah, murah kan 5 cd RM 50 sahaja” [sila baca dalam bahasa baku]

Ok, sebenarnya dia tak cakap bahasa melayu tapi sebab kita sedang membicarakan tentang cinta 101, jadi saya translate apa yangdia cakap ke bahasa melayu dengan cara percakapan dia.

Jadi saya pun terfikir, yelah betulla cakap dia ini, adalah tidak rugi sebab 5 cd kan.

teball, ok mungkin tak nampak tapi tak apalah

Lagipun ada lagu-lagu dia yang saya sukaaaaaaaaaaaaaaaa sangat iaitu

  • Dua insan bercinta – Ella
  • Milik siapakah gadis ini – Dato’ Sudirman [bila masala plak dapat dato' ni? Seres tak tahu]
  • Mawarku  – Eddie dan Hamidah Hamid
  • Sekadar Di Pinggiran – Frencissca Peter
  • Bisikanlah – Anita Sarawak
  • Antara Anyir dan Jakarata – Datuk Sheila Majid
  • Kau Ilhamku – Man Bai [kesukaan![favourite]

Eh banyak lagilah, adalah penat tangan saya nak menulis, tapi yang dekat atas ni palinggg sukaaaa.

Adalah sangat poyo lepas beli cd rasa bangga gila dan rasa nak lompat-lompat. Bila fikir semula rasa nak lempang diri sendiri pon ada hehe. Sampai ada orang berkata

“Poyo gila anda, beli cd pun nak blog”

Nasib baik pencakap itu adalah membawak kereta kalau tidak mungkin akan di apa-apakan atau di anu-anukan [apakahhh?]

Tapi saya adalah tetap gembira, sebab adalah boleh feeling sambil bawak kereta :D

Yeay!

1 Star (Click to vote)
Loading ... Loading ...



  • http://comatosewithbraindamage.blogspot.com green apple

    wehh, best gila la itu CD.
    Lagu2 yang ko tulis tu mmg ada dah dlm mp3 aku.
    Ada lagu apa lagi?
    .-= green apple´s last blog ..Keranamu Apeng – Finale =-.

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Alamak, tak ingat pulak aku lagi ada banyak lagu fauziah latiff, sudirman and black dog bone. Lain tak ingatttt

  • http://www.amreez.com Iz

    best tau nyanyi lagu rock kapak time traffic jem.. rasa cam eh eh sekejap je dah sampai rumah.. sebab reti nyanyi semua lagu, hehehe..

    tapi lagu era 90-an pun aku layan jugak.. contohnya lagu Kini dendangan Feminin.. siap nyanyi sambil menggunakan suara Chipmunk :mrgreen:
    .-= Iz´s last blog ..Empty =-.

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Sangatlaaaaaaaaaaaa. Feminin dengan elite adalah best ok haha

  • http://www.mursapap.blogspot.com Mursapap

    Comel la entry nih. Tp lagu-lagu ni la time karaoke best!!

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Masalahnya bab karaoke aku adalah fail!

  • tubaroses

    sgt layan bile drive sambil mendengar lagu2 rock kapak n tangkap leleh..feel ok..siap bleh bayangkan video klip lam kepala..hahaha

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Hahaha, series kan, boleh bayangkan frencissca peter pakai baju kurung moden dengan asap-asap

  • http://afiq-serenity.blogspot.com/ afiq

    lagu zaman2 tuh memang besh ahh.. tapi bile dah stat zaman scoin, arrow, sting, spring blablabla.. owh dah tak fun.
    .-= afiq´s last blog ..assignment di mcdonalds =-.

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Exactly, and tak tahu kenapa group group ni mostly semua nak start dengan huruf "s"

  • Nik

    I totally respect you for buying the original cd and supporting the local music industry. Please let me borrow those CDs, i want to copy it to my iTunes. Thanks in advance :)

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Cannn, nanti bila jumpa, I'll pass it to you

  • haniz

    kau ilhamku adalah sangat best okayyy!!!
    dgr sambil drive juga adalah layannnnn!!

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      Sangatlaaaaa. Rasa macam ohh chentaaaaaaaaaaaaaa

  • http://getitkatsini.blogspot.com/ Uda

    5 CD? brape ratus lagu? ini ala2 CD jualan smart shop la….

    p.s. nnt awak RIP kan semua lagu2 tue & e-mail kat saya yer…. hehehehe :p
    .-= Uda´s last blog ..Movies =-.

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      101 lagu. I nak ripkan tapi macam er..err.err tak reti. camano?




Page 1 of 11

Previous post:

Next post: