Hai nama saya Chics. Saya adalah dalam beberapa dilema/kegelupuran.
- Kereta adalah eksiden. Bumper remuk. Tapi saya bangga [boleh kereta remuk kau nak bangga?] kerana adalah bukan saya yang buat. Hahahahaa. Saya gelak kerana ini adalah pertama kali saya tiada kaitan dengan kereta-kereta yang telah dijahanamkan. Tapi adalah tidak klaka bila kereta kene hantar repair untuk 2 minggu.
Takde kereta = patah kaki = sangap.
- Jari jemari saya yang runcing [as if!] ini adalah melecur. Saya ingin mengambilair panas tapi sambil itu telinga mendengar gossip lalu air panas tercurah ke atas jari. Itulah balasan si penyibuk dan bergossip.
Ya saya sudah insaf sekarang [yeh?] - Semalam saya membuat kerja, sejak dari pagi saya tekun menyiapkan kerja itu.Okla saya adalah pentipu juga kerana disamping itu saya main mousehunt hihi. Tetapii saya telah berhenti seketika pada tengahari di mana pc tetibe la plak hang menyebabkan kene reboot. Bila dia dah on balik, file itu telah corrupted. Saya run check disk dan kemaknya file itu terus hilang.
Kemanakah file itu pergi sekarang? Telah download application word recovery dan sebagainya tetapi gagal.
Saya yang bongok-bongok ini tak tahu jadi terpaksalah saya taip semula.
Lanch bukan?
- Mata saya adalah mengantuk tapi saya tak boleh tidur kerana saya sedang menggelupur kepanasan akibat membalut badan dengan plastik yang saya beli di website cina yang tulis cina [tapi saya gigih nak translate pakai babelfish], saya sapu losyen halia + limau dan balut.
Adalah sama dengan nak mati.

BalutttIni adalah namanya bongok dan menyiksa diri.Memang seksa ok, especially nyamuk kurang jara mana tah yang gigit, susah gila nak garu ok! Terpaksa cubit sesikit ni ha.
Semalam emak saya telah nampak dan dia berkata “Ni apohal lagi nii? Nak kughuih camano lagi hahh?”
Ahh itu semua saya abaikan. Kerana!
Keranaaa jika dulu pakai sluar/skirt saiz M, sekarang adalah berjaya kembali ke saiz XS, cuma ade sedikit tetas dekat tepi [tanak ngaku bukan saiz XS tu], jadi saya terpaksa gigih untuk mendapatkan bontot dan peha yang mantap dan bebas lemak.
Tapi ingat ye, perlu exercise juga, kalau nak sapu balut lepas tu terlenteng atas katil sambil makan cheetos, mungkin memakan masa selama 2 tahun untuk dapaytkan saiz xs.
Baiklah. Sudah tamat masa, saya ingin menyapu segala nenek krim dan losyen dan tidur. Susah betulla jadi perempaun ni, kalau saya jadi lelaki, kaki berbulu pon takde orang kecoh.
Sheesh.
Oh lupa. Good night. Hug hug + kiss kiss
(3 vote[s])







