Hi nama saya Chics. Saya adalah disuruh memasak kek chooclate dan kek buah untuk Christmas dimana saya adalah tidak reti memasak kek buah itu. Kek buah versi melayu mungkin saya reti tapi versi Christmas, bagaimanakahh? Ke sama shaja, saya pun tidak tahu sebenarnya.
Tetapi saya sudah boleh tersenyum mesraaa sekarang kerana telah mengambil keputusan membeli fruit cake Christmas dari Hock Choon. Kek itu untuk mereka, saya rasa saya tak boleh makan sebab ada rum tapiiiiiiiii bekas kek [tin bulat] yang ada gambar baju seksi itu untuk saya hihih.
Selain itu saya juga telah ditugaskan untuk membeli belah hadiah Christmas. Ini saya sebenarnya suka kerana membelanjakan duit orang dengan sesuka hati untuk membeli barang, walaupun ianya bukan untuk saya. Tugasan ini walaupun baru diterima semalam, tetap membuat saya teruja walaupun saya tersipu-sipu malu sambil berkata tidak payah bila disuruh membeli hadiah untuk diri saya sendiri.
Masalahnya sekarang, saya membeli kesemua barang dari Internet kerana saya suka kepada barang-barang itu seperti contohnya set mencukur tradisional yang datang dari Auckland [kot, tak ingatlah saya], walaupun salah satu barang dibuat daripada bulu babi hutan tapi tak mengapa sebab orang yang bakal menerimanya memang suka makan babi, jadi tiada masalah disini. Tapi bukanlah seba dia diperbuat daripada babi menyebabkan saya suka ya, saya menyukainya kerana set mencukur itu adalah sangat old skool dan susah nak dapat.
Ehmm nampaknya saya terlalu asyik bercerita tentang babi sampai terlupa masalah saya.
Masalahnya ialah, oleh kerana hadiah-hadiah itu datang dari merata-rata tempat saya berasa mungkin mereka tidak sempat sampai pada waktunya. Tetapi tidak mengapa kerana tukang suruh beli berkata itu bukan satu masalah, biar lambat asalkan selamat katanya.
Ok whatever that means.
Sekarang sebenarnya saya sudah pening juga. Terdapat beberapa hadiah lagi yang perlu dibeli tapi saya sudah buntu tak tahu nak beli apa. Sudah semalaman saya pikir tetapi masih gagal. Bagaimanakahh? [How laaa?]
Hmm. Saya ada juga terfikir, kalau susah-susah sangat saya beli sajalah barang-barang untuk saya, tak payah beli untuk diorang hehe. Macam bestla pulak bunyinyakan.
Bijak tak idea saya ini?
——————————————————————————————-
Teka-teki hari Selasa : Apakah benda ini?

(Click to vote)







