Lina oh Lina

by chics on Tuesday, 25 November 2008 - 11 am · 26 comments

in crap,happiness,teteks

Semasa Tingkatan 5, saya dan Nik adalah duduk betul-betul di depan meja cikgu dengan alasan “Tahun ini kita SPM jadi kita tak boleh malas-malas atau main-main lagi”. Di belakang kami adalah 2 budak lagi iaitu Lina dan Mis. Mereka juga mahu duduk depan kerana tidak mahu malas-malas dan ingin rajin belajar.

Tetapi yang ironinya, tempat 2 tercorot di dalam kelas pasti akan di dominasi oleh saya atau Lina, Kadang-kadang Mis pon samalah jugak. Nik adalah pandai sedikit dari kami. Okla, pandai banyak sebenarnya. Sebab itu hari ini dia menjadi seorang peguam yang disegani [saya pasti nik akan berkata “babii..babiii” apa bila membaca entry ini haha]

Untuk Bahasa Inggeris dan Matematik, kami telah dibahagikan kepada set-set mengikut keputusan ‘close test’ untuk set bahasa inggeris dan keputusan semasa di tingkatan tiga kot [entah tak ingat] untuk set matematik. Ala siapa budak asrama taulah benda ni kot. Nik dan Lina adalah satu set, iaitu set 7. Kelas mereka sangat best kerana cikgu mereka adalah seorang cikgu cina yang ala-ala takde expression tetapi suka buat lawak-lawak kiut dan gelak sendiri. Mereka berdua suka memakan kacang hai di dalam kelas. Kacang hai, apa bila dikunyah akan membuat bunyi yang bising lagi kuat, seperti biasa Nik akan buat muka menggelupur tetapi Lina, sangat cool. Dia selalu berlakon seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Lina memang begitu, dia tidak suka berbising atau bercakap banyak. Tetapi apabila dia bercakap dan mengeluarkan ayat penyata, dia boleh membuat orang lain tersenyap dengan pedesan ayat itu. Kalau hendak mencarut pon, dia akan cuma mengatakan 1 ayat dan noktah seperti “Babi” dan “celaka” .Itu sahaja tiada eksperi lebihan. Ohh Lina juga suka meng-escape seperti mereka [tak nak mengaku tu sekali tu haha] tapi selalunya orang tidak sedar kerana dia adalah licik dan penyenyap. Sama seperti Namiah, budak yang duduk di belakang sekali yang kelihatan agak warak. Tetapi hoh, selalu balik dorm time kelas dia tak suke. Tiba-tiba dah hilang. Ceh

Lepas habis SPM kami sudah jarang berhubungan lagi tapi saya adalah mendapat tahu bahawa telah menjadi seorang cikgu sekarang dan yang paling hebat sekali, dia mengajar set 1 matematik, set yang paling pandai di sekolah berasrama penuh. Hahaha! Saya pernah bertanya padanya “ Camanala kau boleh ajar set 1, abis kalau anak murid kau tanya and kau tak tau jawapan macamana?”

Dia akan menjawab “Hmm.. Besok cikgu akan kasi tau kamu jawapan, sekarang buat latihan pada mukasurat…” Dan apabila balik, dia akan menggelupur mencari jawapan. Tetapi saya tetap berasa kagum terhadap beliau. Kalaulah saya itu yang menjadi guru, oh no, setiap hari saya akan menangis kerana

a) tak tahu jawapan
b) kene buli
c) dah tak boleh nak escape kelas

Ya, ini adalah entri pasal Lina.

Kerana dia telah berkahwen pada minggu lepas. Nik yang gila telah membuat kesimpulan awal bahawa mungkin suami Lina adalah juga seorang guru yang sama-sama mengajar di sekolah sama.

“Mula-mula buat persamaan1 , lama-lama terus bersama-sama” kata Nik dalam gelak-gelak getiknya.

Ternyata Nik silap, suaminya bukanlah guru tetapi seorang lelaki yang tinggi dan perkasa. Ohhhh

Lina masih mengekalkan tabiat lamanya, tidak kecoh dimana dia tidak kecoh di dalam bab berkahwin, senyap-senyap je tiba-tiba dah mintak alamat. Ternyata dia memang masih Lina yang dahulu kerana sewaktu masuk ke dewan pengantin, kami telah mengambil gambar sambil berphewit-phweit dan dalam senyuman dia memandang dan berkata “celake”

Kepada Lina, selamat pengantin baru dan semoga kekal ke anak cucu.

Sayang kau!

  1. Salah satu topic matematik tambahan [kalau tak silaplaa
1 Star (Click to vote)
Loading ... Loading ...


You might also like:


  • mazu

    chics,

    sepupu le..

    arranged marriage…

    hmmm..camne rasanya ek?

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @mazu,
      Yelah sepupu ke niece ke, kirim salamla dekat anwar hahaha
      aku tak nak arrange marriage sebab, saya ini degil orangnya so that person who will have to share my bed with me harus tahu samada dia boleh tolerate aku ke tak [ke sebenarnya the other way around? :P ]

  • http:///comatosewithbraindamage.blogspot.com green apple

    ala rileks la chics, tempat pertama, kedua atau kedoplohpat semua tu hanyalah nombor. i'll be very lucky if i get in the top 20. seb baik kelas 48 orang.

    ye, betul macam sial siap ada close test untuk english saje nak bagi aku nampak bodoh.

    wahhh, aku leh masuk dah blog ko. betul la cakap ko kena pakai mozilla, IE dah semakin bodoh.

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @green apple,
      Takdenye aku rasasedih dee, okkk je hihihihih. Kann close test tu memang macam sial.

      BTW. Mozilla/firefo mmg rocks! [tapi aku pakai flock :P ]

  • shelly

    lawak gila entry nih

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @shelly,
      Terkenang kisah silam ke?:P

  • http://hurnain.wordpress.com 9

    sila memberikan kiriman salam kepada gadis ayu berbaju biru paling kanan sekali itu.

    p/s: kiriman salam kepada tuan empunya blog jua. heh.

    <abbr>9´s recent blog post..The New Wildlife Times Issue 4</abbr>

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @9,
      Walaikumsalam hihi

  • mazu

    chics..

    igt x sape aku..

    aku pn suka lina..

    cikgu cina tu ppuan kurus rambut pjg kan?

    aku sama set ngan lina gak kot..

    smpai now sgt fobia ngan maths & numbers :grin:

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @mazu,
      Ingatlaaaa mazuuu, anak sedara ziana zain. eh kirim salam anwar zain boleh?Hahaha
      Ni cikgu lelakilaaa, Mr ong.ade ke cikgu cina ppn , eh itu miss tewla, ko kelas sama dgn akulaaaaaaaaaa tapi lepas tu dia pindah

  • http://ayin1911.blogspot.com zaireen

    yeayyy!!!

    aku tunggu gile entry nih…
    thanx chics!!
    to lina…congratess!!!
    sorry..i wasn't there..my prayer are with u babe!!
    btw..teringatlah kisah dulu2!!best kan??
    i miss u guys!!

    <abbr>zaireen´s recent blog post..Zekreet EXCURSION..</abbr>

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @zaireen,
      Hehehe, I miss you too :*

  • adobe

    photoshop terlebih ni

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @adobe,
      Sungguh terrel awak ini!

  • leena

    hahahaahahha…

    ampes ko!!!

    aku pun sayang kat ko!!

    tima kaceh sbb datang!!

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @leena,
      Heheh sama-sama lauk ayam kau sedap ahh.aku siap ratah

  • http://marlizaradzi.blogspot.com AM

    hahahaha! "cina yang ala-ala takde expression tetapi suka buat lawak-lawak kiut dan gelak sendiri" —- adakah Mr. Ong? jika ya, beliau pernah tersengguk tertidur ketika manulis di white board kerana kami semua tak pedulikan dia. hahaha.

    <abbr>AM´s recent blog post..</abbr>

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @AM,
      Betullllllllllllll. Mr Ong!!

  • ayaq

    hahahaaha suka ayat skandal akak nik guna. selamat pengantin baru! (dasat gile pengantin berkata celake dengan selamba. hehe)

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @ayaq,
      Diorang ni memang dasyat and selalu banyak idea nak merepek

  • fahimi

    huh? cikgu maths? peeeeehhh.. terell.. modern math aku blh laaa hapal.. add maths.. huk huk.. :( cedeyyy

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @fahimi,
      Hapal? Hadoi, aku tak hapal, tapi bila time orang semua buat latihan, aku "baca" buku maths tu haha

  • http://darlingscorner.blogspot.com darling8tabby

    selamat pengantin baru kepada lina…

    subjek paling tak suka MATHS…and..yes…manjang fail pun..hehehe

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @darling8tabby,
      Samala kiteeeeeee, dapat 13% untuk add maths pon dah suka haha

  • http://5ha5ha8lackkatz.blogspot.com/ shasha

    haha…teringat dulu masa sekolah mmg tak suka add maths…bila time add maths je muka cam nak nangis nak lari balik dorm…ahakss…sib baik lepas gak..

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      @shasha,
      Tula, tapi i lepas cukup makan saje :(




Page 1 of 11

Previous post:

Next post: