Sayang Diari,
Hari ini aku pakai lagi seluar kesayanganku ini tapi kali ini kena berhati-hati supaya tidak terlihat oleh emak. Yelah hari tu emak nampak aku pakai seluar ni dia ugut nak bakar. Sebabnya dah koyak sampai nampak bontot. Aku dah try cover pakai baju labuh tapi masalahnya macamana aku boleh terlupa yang aku suka nak tarik-tarik baju.
Tidak. Aku tidak boleh buang seluar itu.
5 tahun yang lalu kami bertemu ibarat cinta pandang pertama. Walaupon aku tak paham apa perempaun Thai tu cakap tapi aku paham bila dia cakap harga dia adalah 80 bath, sama dengan 8 ringgit setelah ditukarkan. Gila murah kataku, lantas aku pow Ros Kamal supaya kasi duit untuk membayar [8 ringgit pon nak pow ke? cheh]. Selain si kuning aku turut membeli si putih tutti fruitty. Kedua-duanya sangat selesa, pendek dan bertali jerut. Sesuai untuk perempuan berperut kejap kurus kejap boroi [okla fineee, ngakula selalunya boroi]. Disebabkan mereka diperbuat dari kapas dan tidak ketat adalah sangat best apabila dipakai, mungkin sama seperti perasaan jejantan apabila memakai boxer. Banyak angin masuk. Tapi awas ya, aku masih memakai seluar dalam sebab takut kot kot ada orang minyak ke at least ada double protection kan?
Hari silih berganti, seluar ku juga silih berganti tetapi si kuning dan si putih masih dalam simpananku dipakai tanpa jemu kecuali bila aku nak keluar rumah dan mak aku ada. Mak aku tu garang ok, orang nak ambik surat pon tak boleh pakai sluar kesayangan. Tetapi pada suatu hari sedang aku tergesa-gesa entah hendak ke mana [biasala kan menggelupur kasila alasan tergesa-gesa hehe] prakkk, si putih telah tersangkut lalu terkoyak. Aku cuba buat tak pahamm pakaii jugak. Tanpa kusedari rupa-rupanya kelebaran punggungku makin menambahkan kekoyakan si putih di mana akhirnya memang jadi macam seluar p ramlee dalam cerita seniman bujang lapok. Tidak boleh diselamatkan lagi. Dengan hati yang berat aku humbankan si putih ke dalam tong sampah.
Tinggallah si kuning seorang diri. Itu pon, dapat kurasakan riwayat si kuning tidak lama melihat pada kesan koyakannnya. Tak ingat kenapa dia koyak, mungkin dah sampai ajal. Aku katakan pada emak “emak, nak suruh kakak tampallah” dan emak tiba-tiba mengeluarkan asap dari mulutnya “Buang jelahh! Takde rupa seluar lagi dah. Macam takde seluar lain lagi dah!”. Kalau aku berkeras juga mungkin bulu mataku akan terbakar akibat nagaan emak [konon-konon bulu mata lentikla ni haha].
Macam takde seluar lain lagi dah. Ada memang ada tapi mana nak sama dengan si kucing belang, dua tiga boleh kucari mana nak sama sluar kuningku seorang. Mungkin orang lain tak paham tapi seluar ini sungguh banyak kenangan dan sentimental value. Seluar itu menyaksikan bagaimana aku menukar-nukar kekasih beserta bagaimana aku menangis-nangis ditinggalkan kekasih-kekasih itu. Kadang-kadang aku yang tinggalkan tapi aku still menangis jugak. Apa dialah.
Diari,
Aku memang sentimental orangnya, kalau tak takkanla bekas gula-gula sebelum bulan puasa lagi masih berada atas meja ini? [kaver pemalas haha] Selimut hijau aku yang dari form 1 pun masih aku pakai walaupun sudah tidak muat lagi. Aku ada lagi satu barang sentimental, handphone pertama yang dibelikan Ros Kamal, rasa happy gila masa tukan dapat handphone tapi malangnya telah dicuri ketika aku sedang sibuk menjual cd. Yela masa tu aku keje jual cd, masa cuti semester asasi. Tau-tau dah hilang. Kemak sungguh siapa yang mengambilnya itu.
Ah. Tidak mengapalah, aku tidak mahu memikirkan tentang hari yang mendatang, biarlah aku enjoy dulu bersama si kuning. Moga malam ini aku tidak tidur lasak sehingga mengoyakkan si kuning dengan lebih dasyat lagi.
Harap-harap emak tidak masuk tiba-tiba dan membakar si kuning bersama aku sekali. Kalau ye pon nak bakar kasi warning dulu ok.
Cukuplah catatan untuk hari ini. Sebab aku dah mengantuk ni ha besok nak kene bangun buat kuih [kecoh gila macamla dia sorang je kene bangun pagi]
Tata.
P.S: Do you have anything that has sentimental value seperti si kuning?














