Hari Sabtu

by chics on Saturday, 20 September 2008 - 2 pm · 6 comments

in crap

Hari ini hari sabtu, hari ini sangat panas. Menyebabkan saya berasa agak penat.

Ditambah pula saya sudah menceret pagi ini. Entah apalah yang dimakan kata aku kepada diriku sendiri, mungkinkah lauk sardin berulamkan cili padi malam tadi? Selain itu tangan adalah berasa sangat lenguh kerana telah membuat biskut cornflakes sebanyak 7 bancuhan. Punyalah liat nak mengadun tepung itu sampai rasa nak bangun dan menjerit “hoi tepung, apa kau ni degil sangat ni hah??” Sambil mengambil periuk itu dan melempar keluar tapi takut pulak kene tampar dengan naga jadian yang boleh menjelmakan diri bila-bila masa sahaja. Selesai mengadun, tangan kiri saya sudah terkena parkinson [ bak kata peej]. nak minum air pon terketar-ketar, pegang sudu pon terketar-ketar. Sheesh.

Kemudian terpaksa bersengkang mata menggentel tepung itu sampailah semuanya siap dimana kebanyakkannya berjaya dimasukkan ke dalam mulut sendiri. Tiba-tiba saya stress kerana semasa memasukkan biskut ke dalam mulut, saya adalah terlupa bahawa saya perlu diet. Arghhh, kata saya perlahan-lahan sambil menaip. Tak boleh bising, sebab ada orang tengah tidur walaupon dah pukul 2 petang. Yelah, orang itu, sudahlah pergi kerja hari masih gelap, pulang kerja hari masih gelap, balik-balik terus kene tolong buat kuih. Kasihannnn kasihan. Tapi itulah, siapa suruh memilih jalan ini? Siapa suruh terpedaya dengan pujukan rayu gadis bertahi lalat dia atas bibir yang kadang-kadang suka bermain pisau cukur ini? Kan dah kono!

Proses itu semua berakhir pada jam 3 pagi, agak awal dari biasa tapi disebabkan saya tak sembahyang isya’ lagi saya pon mandi dan memakai baju. Saya memilih baju tido renda2 hitam kerana kainnya satin, sejuk. Cuaca malam tadi sangat panas tetapi saya tidak suka pasang aircond. Hidung saya yang senget sebelah ini tak tahan dengan air cond, nanti mesti boleh terbersin-bersin dan demam. Mungkin orang lain juga berasa panas kerana setelah selesai sembahyang, saya nampak dia naik ke katil dengan memakai spender sahaja.Mungkin panas atau mungkinkah baju satinku ini menggamit perasaanmu? *Kelip-kelip mata*

Tidak perlu diceritakan apa yang terjadi selepas itu, yang pasti saya kene mandi sekali lagi. Walaupon benci dan malas nak mandi tapi saya tersenyum-senyum hahahahahaha.

Suke suke dan gatal juga.

Baiklah! Sudah pukul 2 lebih ini, saya hendak mandi dan buat apa-apa yang patut, saya sexcited sebab hari ini hendak berbuka di wong solo. Kalau ada rezeki hendak beli bunga api.

Yeay! Yeay!

1 Star (Click to vote)
Loading ... Loading ...



  • http://www.chicsinred.com/blog chics

    [re=2118]Mrs Imran[/re]: Hihihihih :P

    [re=2122]nik[/re]: Bongok, pegi bayangkan buat apaaaaa. hehehe

    [re=2124]AM[/re]: hehehehe

    [re=2138]jyss[/re]: What to do the blogger is so gatal :P

    [re=2144]peej[/re]: Hehehe ko memang peej. aku tau kau suke je bab2 ni haha [sebab aku pon]

  • http://peejburhan.blogspot.com peej

    aku suka part..kau hot..suami kau pun jadi hot..woowee…

    aku pun senyum2 membaca..

    <abbr>peejs last blog post..layan lagu raya~</abbr>

  • http://thejourneycontinueshere.blogspot.com/ jyss

    i must leave a comment for this ;)

    hahaha funnyla ini entry and very descriptive, i got the mental image tuh hehehe

  • http://marlizaradzi.blogspot.com/ AM

    hahaha kelakar dari mula sampai tamat.

  • nik

    Wah chics aku dpt mental image org itu memakai spender… hohoho…

  • http://www.hanselgreetel.blogspot.com Mrs Imran

    ehe…saya pon tersenyum-senyum…

    <abbr>Mrs Imrans last blog post..Shopping everyday…Keep the doctor away!</abbr>




Page 1 of 11

Previous post:

Next post: