Saya hendak pergi spa!

by chics on Wednesday, 18 June 2008 - 7 pm · 22 comments

in crap

Hai nama saya chics. Sekarang saya sakit pinggang. Mungkin kerana duduk terlalu lama atau mungkin kerana tidak puas berak, saya tidak tahu tapi saya sakit pinggang.

Mahu mahu pinggang saya diurut-urut manja dan dibelai. Begitu juga dengan bahu dan badan. Sungguh sakit sekali. Sebenarnya saya adalah ingin ke spa. Tetapi jika saya lelaki, mungkin saya dapat mandi bersama tukang buat spa [ala yang urutkan tula] sekali, tetapi memandangkan kami sama-sama mempunyai tetek, dia mungkin tidak mahu mandi bersama saya.

Oh ya, kali terakhir saya pergi ke spa ialah semasa di bali. Sangat seronok walaupon malu apabila pengurut itu melihat lemak dan selulit saya. Tapi saya suka sebab bukan saya yang bayar, tapi boss saya semasa itu yang bayar. Haha. Ya saya gelak kerana saya tak payah bayar masa dulu tapi saya juga gelak kerana mungkin orang yang sama terpaksa bayar kan juga nanti [dan di masa akan datang]. Memang saya eksyen, saya telah berjaya menjadi perempaun kaki kikis. Walaupun itu perbuatan yang keji tapi tak mengapa asalkan saya boleh menyimpan wang saya untuk perkara tak berfaedah yang lain.Tapi saya rasa saya akan bayar sendiri juga kerana kadangt-kadang saya ini mithali orangnya.

Sebelum itu, saya telah cuba pergi ke sebuah spa di daerah Klang, kerana pada waktu itu seorang duda dari Klang hendak mengorat saya. Saya yang selalu mengadu sakit badan [sebenarnya alsan malas nak keluar] telah di hantar pergi untuk massage. Kakak pemassage itu sangat ganas, pada mulanya dia hendak mem-prak prakkan tulang saya. Tapi melihat sinar mata saya yang kebeningan [wtf] dan badan saya yang boleh patah bila-bila masa [pada waktu itulakan] dia tidak jadi. Dia cuma urut-urut biasa shaja. Hasilnya, badan saya sakit selama seminggu selepas itu. Sebulan kemudian, dia pula yang sakit kerana tempat spa itu telah di rush oleh polis kerana terlibat dengan sendiket pelacoran. Nasib baik saya sempat melarikan diri, jika tidak mungkin saya akan terjerumus ke kancah pelacoran itu.

Sejak akibat sakit-sakit badan itu, saya tidak berani hendak sembrono pergi ke spa. Tak mahu badan sakit, yelah tujuan kita pergi ke spa adalah kerana hendak sedap dan stim, kalau sakit yang dapat apa jadahnya kan?

Sekarang banyak spa ikan, tapi saya tidak mahu spa yang dibuat oleh ikan. Saya mahu badan diurut-urut oleh manusia yang seksi [tak chantek tak apa janji seksi sikit-sikit], setakat nak kasi kaki saya kene gigit baiklah saya hulurkan kaki saya bersalut canned food kepada mj shaja. Lagi stim dijilat giginya yang macam kertas pasir itu.

Tapi saya ada terlihat beberapa spa yang menarik di shah alam. Anataranya adalah martha tilaar dan serenity spa. Malangnya saya tak jumpa-jumpa lagi dimanakah letaknya serenity spa di seksyen 13 itu, dekat bluewave dengan concorde saya taula tapi saya tak nak, saya nak cari juga di seksyn 13, jalan lawan pedang katanya. Websitenya juga keji, tidak boleh dicapai lagi. Broken link, dead link dan sebagainya. Martha tilaar saya tahu dimana, sebelum saya hilang title cik dahulu saya merancang untuk pergi, tapi sebab saya terlampau rileks dan pemalas, saya tak jadi pergi.Sedar-sedar saya sudah bangun di sebelah seorang lelaki. Hihi suka tau!

Sebelum saya berkira-kire hendak pergi ke martha tilaar itu dahulu ada seorang lelaki berkata kepada saya “kalau ada discount pon, boleh ke bayar?” Kepada lelaki itu, hello tengok pantylah ok. Harga panty aku lagi mahal dari baju kau [nampak sangat tipu haha]. Perbuatan meriak ini adalah sangat keji dan terkutuk tapi saya tak tahan, dia suke rasa dia best dan membuat saya seperti orang bodoh. Kenapa perlu berkata begitu dan suka cerita cerita dongeng kepada saya? Tak suka lah awak tu! Jadi izinkanlah saya meriak disini.

Oh sudah lama tidak getik. Rasa sungguh puas hati!

Akhir sekali, kalau awak tahu spa yang bagus di shah alam, saya ulangi di shah alam, [awak jangan kasi spa dekat puchong, ampang atau sebagainya ok] silalah kasi tau saya. Atau awak pernah pergi ke dua spa yang saya sebutkan tadi? Silalah review. Oh ya, jangan lupa kasi tau harga sekali ye hehe.

Saya dan badan saya teringin benar diurut-urut.

1 Star (1 vote[s])
Loading ... Loading ...



  • Mashjzai

    ape yg mnariknyer kt sana

  • fyzaro pgemar spa..

    …u beter u pegi martha tilaar spa tu…syok sgt.sgt exclusive n private…tmpat die pon tenang,bunyi air terjun,lagu traditional bali yg sgt best….n treatment yg superb…susah nak cari..rate die pon ok..mampu la jgak…….but now martha spa tu dah tkar name De wajah Hair beauty N spa…so jgn confuse plak bile dah smpai sane dear…

    • http://www.chicsinred.com/blog chics

      I memang pergi pun, dah jadi member dah pun :)

  • fara279

    kak sharina kita dh pegi serenity spa tu kat 13…mmg best..x silap ade mcm2 package tp yg kita pegi tu include lulur,mandi susu,herba steam n urut skali rm180 camtu…gi la…ni pun dh lama badan ku tak di gasak2 ni…hehehhee

  • shasha

    chic…saya tahu kat mana serenity spa kat seksyen 13 tuh…di celah2 shop lot…senang je nak cari actually…

  • http://www.chicsinred.com/blog chics

    [re=778]Nonoy[/re]: saya memang kadang-kadang getik nak buat entry melayu baku :P

    [re=782]berq[/re]: ohh dekat situuu keeee..patutla tak prasan

    [re=784]Ty[/re]: that's too far for melahh.by the time nak balik rumah balik dan tension sebab jauh + jam

    [re=789]Cepol[/re]: yelaaaa..nak belila niiii :P

    [re=794]Zainah[/re]: cisss, komen kau sungguh mengujakannnnn.takpe aku pg survey2 dulu dekat dua-dua spa

  • http://www.chicsinred.com/blog chics

    [re=773]lyana~[/re]: mamak rafi pon i tatau hehe.takpe nanti i carik

    [re=774]Uda[/re]: bukanlahhh ikan gigit-gigit kaki.apala pulak anak ikan..kalau mcmtu i pon nak haha

    [re=775]Ecah[/re]: takmo facial, kang apa2 je die latak kat muka aku.dahla tgh berjerawat nitapi takpe nnti aku pg tgk

    [re=776]leeds[/re]: Itu adalah sangat murah dari martha tilaar! nanti pergi survey

  • http://www.chicsinred.com/blog chics

    [re=764]zarina[/re]: itula pasal..kurang pelawas kot

    [re=766]syarina[/re]: penah dengar but not sure how good is the service, tapi takpe, i'll check it out or do some research

    [re=770]Iz[/re]: ko pegi yg kat manala, masa aku dekat bali stim gila ok.kau boleh suruh diorang kurangkan pressure urut tu

    [re=771]Dy[/re]: khareyana tu mcm best, harga sama macam martha tilaar shah alam cuma dekat pj, malasla nak drive jejauh.nak sesat-sesat lagi hehe

  • Zainah

    chics,

    aku da penah pegi dua2 sekali…yg plg best martha tilaar kat alam sentral..giler superbb…bila keluar muka berseri2..kilat…abih sume toksin dia kasi kikis keluar..sama ngan duit dlm poket kau…dia kikis jugak…heheheh…mahal sket compare to serenity spa…harga serenity spa mmg murah….tapi aku tak rekemen la serenity spa tu, maybe sbb aku gemok kut, dia picit tak rase..n aku hangin sbb mase dia urut aku tuh…dia bule buat sambil borak2..ngan kawan dia…mana nak fokus…tp kat martha tilaar tuh mmg eksklusif, kau dpt bilik sendiri..ntukang urut di import khas dr indon, kalau tak silap dr bali jugak…so..ur choice …yg pntg kasi kikis itu toksin….selamat berspa!!.

  • http://bugger.blogs.friendster.com Cepol

    kepada chics. silalah beli Garmin GPS atau Nokia yang ada GPS untuk mencari alamat dan lokasi. telepon lama boleh di trade in kan. sekian terima kasih.

  • http://www.tylogy.blogspot.com Ty

    chics! try la pegi villa manja somewhere along jalan damai. i think it's a cool place. go check it out.

  • http://ninoy-aquino.blogspot.com Nonoy

    u kena sawan bahasa melayu ker? sungguh melayu entry ini. hmm.. melayu baku.

    hehehhe.. bydaway babe, i dah buat rocky road!!! all thx to u ;)

  • leeds

    chics, ni address serenity spa seksyen 13.

    45, Jln Lawan Pedang 13/27, sn 13.

    tel: 0355106067

    i selalu pi serenity spa kat b.b.bangi, kalau tak silap harga 4 steps full body treatment RM180 ada herbal steam-body massage-body scrub-milk bath

    review: 5 star!

  • Ecah

    Sharina,spa yg kat sec 13 tu kat belah blakang2 skit..kene round2 byk2 kali skit br jumpe..die mmg tersorok n xnmpk dr luar..price xigt la bape..last aku buat dulu b4 jd 'Puan' Feb 2007.Spa yg dkt Plaza Alam Sentral pun ade..kat 3rd or 4th floor..tu pun ok gak..Lagi 1 ade Orchid Spa (shop lot kat sec 7 sebelah Khulafa)..facial + massage + body scrub = RM 150…try la mane2 yg ok..Selamat memanjakan diri Anda !!!

  • http://udaswoop.blogspot.com/ Uda

    harap2 anda jumpa spa yg anda hendak pergi itu supaya anda dpt berak2 dgn selesa…. hehehe….

    p.s. spa ikan? apa itu? spa yg tukang urut semua anak2 ikan kah????

  • http://thedingdongspingpongs.blogspot.com/ lyana~

    just to let you know, serenity spa is situated at the shoplots next to giant section 13. sebaris dengan mamak rafi yang lama tu. and the price isn't that expensive at all. have a great spa-day!

    :D

  • Dy

    Yeah…i pon nak recommend tinispa tu jugak walaupun tak pernah pergi because jauh fr rumah..hehe.

    But confirm serenity spa sux!urut mcm colek2 je.

    khareyana in PJ is good tapi PJ la kan.n mahal.seb baik org bayarkan.they were using ppl from martha tilaar.so i think if u pergi memana martha should be ok kot.
    http://www.khareyana.com/

    p/s:tok sah le pergi spa dodgy2 begitu..mana u tau yg urut tu pompuan tulen ke tak?

  • Dy

    Alahai….kesian chics.Tapi serious…if dapat org urut yg sgt best….rasa tidur melayang babe!

    Anyhow…i'm recommending my senior's spa here.Plus point if nak buat facial dia guna Dermalogica=yes,bukan produck local spt yg anda mahu.Saya tak pernah pergi ke spa dia sbb jauh dr rumah saya tapi org kata best.
    http://www.tinispa.com.my/

    Yang saya pernah pergi dan urut nye best adalah di PJ tapi mahal mcm taik, nasib baik org bayarkan.They are using Martha Tilaar girls so the quality should be the same at any branch.
    http://www.khareyana.com/

    P/s:Serenity spa sucks.saya dah pernah pergi yg kat shah alam nye.urut mcm colek2 je.saya pandai urut hence saya tahu men-judge…muahhaha

  • http://freakyace.blogspot.com Iz

    Tak sangguplah nak kena urut. Penah pegi skali tapi saket nak mampus rasa mcm dia mengurut tulang sambil mencubit2 kulit. Baik tak payah. Beli handbag lagi best :)

  • berq

    kak chics, serenity kat s13 is blakang thai village restaurants punye row of shoplots..

  • syarina

    hello.. been a silent reader all this while. saja nk comment abt ur spa entry. ada my senior toke spa dkt shah alam (no idea where sbb im not familiar with s.alam) but try visiting http://www.tinispa.com.my. Enjoy!

    p/s: i've never been to the spa myself sbb, s.alam jauh for me :)

  • http://zarashots.fotopages.com zarina

    weh ko ni asik tak puas berak aje…gi ar makan bayam ke…or tryla kangkung dgn belacan yum2!!!




Page 1 of 11

Previous post:

Next post: