February 2007

Sharing is not caring ok

by chics on Tuesday, 6 February 2007 - 1 am · 16 comments

in Uncategorized

Me and my boss were eating at a malay place last weekend after a tiring day. It was quite difficult to get a seat sebab semualah orang dekat KL ni nak makan dekat situkan. When we finally got one, I suddenly feel the urge to kench and told him to take the seat while I go kech.

Tapi tak jadi kech sebab geli lah toiletnye itu so I went back to the table, where I find my boss looked a bit relief.

He: Just now I offered a couple to share the table with us but they don’t want. They prefer to stand and wait.
Me: Yeah usually it’s like that.

He: Well, in chinese restaurant it’s a common thing to share a table.
Me: Issit? We malay sometimes do thatla but not all the time.

He: Why not?
Me: Err

Sebab nanti susahla bofren die nak suapkan makanan dekat awek dia. Tak comfortablela kalau kau tengok. Nak manja manja pon tak boleh. Nak cakap apa pon orang lain denga.Yelah, usually when you go out with your partner mestila nak privacykan. I told that to my boss and he said the place is an open space anyway, macamana nak privacyla?

Haih. banyak tanyala pulakkan. Hehe. To me la, your table is your own space, your safe circle la kot. Personally I don’t like to share table with strangers too sebab aku suka gelak macam syaiton dan cakap kuat. Tak orang tu pandang aku semacam, dia mesti senyum-senyum kambing sebab terdengar conversation. Biaselakan, takkan nak makan je kot, mesti nak cerita cerita karut sket.Dan gelak hahaha sambil berkata “Bodowla Nikkit”[hehe]

Maybe that’s what we do but to other races especially the chinese they take their food seriously. Tapi aku rasa betul, sebab setiap kali aku angin, boss aku mesti kasik aku makan. Hehe

So perhaps, sebab itula tak kesah share table.

Ke salah?

Tapi apa-apa hal, I dun like sharing. Lantakla caring is sharing pon tapi aku tidak rasa itu adalah kiut. Kau nak caring apa bila duduk satu meja dengan aku? Melainkan kalau hensem dan single dan kaya dan tidak pengote I benarkan[hihi]

Keji.

Tiba-tiba terasa tiada relevennye entry ini. Tidak mengapalah itu.

Macam tidak biasa kan. hehe

Ok serious kene stop mengecrap.

Stop.

Tapi ada sambungan lagi iaitu announcement untuk get pretty! iaitu:

Order from 9th to 18th February MAY be subject to extra 1 week waiting
Order will not be taken from 19th February to 2nd March due to traveling [tak saba!]
Business shall be continued from 3rd March onwards.

Jadi placelah order cecepat ye.

Ok dah.

Full stop.

16 comments

Get Pretty

by chics on Monday, 5 February 2007 - 12 am · 14 comments

in Uncategorized

Bunnies!

Chics adalah bercita-cita hendak menjadi chantek semasa kecik kerena semasa kecik dia adalah sangat kering dan memakai spek besar.

Sekarang ini adalah sudah besar but maseh gagal mencantik maka chics decided to do something else to memujuk hatinya yang meronta-ronta kesedihan ini.

Chics decided to come up with another alternative of getting pretty which is opening an online store selling beauty product named get pretty!

What the hell is get pretty you ask?

It’s an online store selling beauty product which at this moment designated for women. Tetapi! Jika ada lelaki yang ingin membeli silala emel kepada saya ye.

Why you should buy from us?
I can give you 10 reasons.

  1. We do not sell sell rejects/tampered products. Everything is 100% new.
  2. Chics cute so kene beli dekat die.hihi
  3. Chics sangat kiut so kene beli dekat die. hihi
  4. Low prices
  5. Genuine
  6. 7- days money back guarantee (read full terms and conditions)
  7. Chics is cute [keji tak keji?]
  8. We can custom order [you list, we quote]
  9. I will perform a lap dance for every 5 items ordered
  10. Haha. I am lying actually [on no 9 only :p]

So. Sempena Isnin yang malas ini, why not pay a visit there?

Marila..Marilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Happy Monday bunnies.
Muahs!

14 comments

Ditangkap polis

by chics on Thursday, 1 February 2007 - 12 am · 28 comments

in Uncategorized

Hai arnab-arnab. Nama saya chics dan saya rasa sehat hari ini. Apa khabarla awak arnab hari ni? Pernahkah anda mendapat surat daripada pihak polis dan mahu ditahan di balai bolis? Aha chics adalah penah ok.

Sewaktu itu adalah gatal hendak duduk di luar, tidak mahu lagi duduk dengan emak so pergila mencarik rumah kosong untuk disewa [Ini adalah lebih senang untuk berpoye-poye hihi]. Adalah hati gembira apabila ada seorang budak telah berkata die juga mahu carik housemate dan telah mendapat rumah di vista angkasa.Ini adalah hebat!

Vista angkasa adalah pilihan majmuk masyarakat universiti malaya sewaktu itu kerana ianaya berhadapan dengan gerai makanan yang keji dan juga ada pasar malam yang adalah best juga itu.Tapi itu bukan masalahnya. Masalahnya ialah apabila rumah yang disewa itu mentipu. Fully furnish kononnye ye tapi furniturenya adalah usang dan reput sana sini. Ada sebuah katil yang tilamnya penuh tompokan dan lubang dimana di bawah katil itu terdapat 2 buah patung bogel memakai mekap.Adalah tidak faham motifnye ini yo! Dan di dalam bilik itu juga ada sebuah almari baju tetapi ianya penuh dengan baju-baju orang yang entah hape-hape. Hello? Kau nak suruh aku pakai baju stok nor kumalasari dalam drama-drama tiada esok or tiada whatever itu?

Di ruang tamu ada sebuah sofa antik, kayu jati tapi apabila hendak menduduk adalah ranap sofa itu kerana telah dimakan anai-anai. Dan pakunye adalah berkarat ok, ada kesan orang cuba nak pasangkan balik. Habis tu macamana nak lepak tengok tv kalau ada bende keji terbenegkalai di depan itu? Peti ais juga keji. Suatu hari adalah memakan McD lalu menyimpan baki makanan di dalam peti ais. Besok kunun nak makanla sekali wahhhhhhhhhhhhhh ada lipas di dalam itu okkkkkkkkkkkkkkk. Ini lipas apa duduk dalam peti ais?Rupanya peti ais itu bila ditutup beberapa menet akan terbukak balik. Bongok tak bongok you tell me?

Jamban paling bestlah. Bila duduk di jamban itu, ianya akan hendak roboh. Like macaman aku nak alignkan taik ini betul-betul? Tdak mahu bila selesai memberak, semua tahi bertaburan di atas lantai. Bodoh, ingat best ke berak toilet bergoyang? Tahap parah, sanggup berak dekat fakulti daripada berak dekat rumah.


Perlukah jadi begini?

Yang paling best adalah. Balik kelas nampak seorang budak lelaki keluar dari rumah itu. Anak landlord.Boleh pulak engkau sukati nak masuk rumah tu bila kau suka? Taula rumah bapak kau tapi aku baya sewalah bodoh.

Disebabkan tidak puas hati, my friend telah mengadu kepada landlord untuk menukar apa-apa ynag patut, termasuk suruh anak dia serahkan kunci. Tapi seperti biasalah dalam drama dan cerita cerita horror haram takdo ok.

Sebagai protes, kami adalah menukar ,mangga dan tidak mahu membayar sewa. Tetapi! Pada satu malam yang seram, tengah tido tiba-tiba terdengar bunyik “blam!blam!” dan diikuti “Bukak pintu ni! Maki-maki + ugut-ugut”. Chics tak nampak siapa tapi menurut cerita anak tuan rumah sudah mengamuk sambil memanggil kawan-kawannya nak kasik pukul sebab tak baya sewa dan buat tatau bila orang suruh baya. Lama-lama mungkin kerana bosan dia telah mengechow padahal dekat dalam rumah kami adalah menggelupur ketakutan.

Tidak lama kemudian, kami mengambil keputusan untuk berpindah tetapi sebelum itu telah membuang barang-barang ynag tidak perlu seperti sofa yang telah berderai, patung-patung bogel mahu pun tilam semualah kan. Padan muka kau. Haha.

Dan kemudian mengunci rumah dan terus lari ke rumah baru dengan eksyennye.

Kehdupan di pantail hillpark adalah aman sehingga satu hari lepas balik kelas, housemate chics memanggil

” Mr x[ni sebab aku tak inagt apa nama diela] dah buat report polis. Sekarang polis panggil kita datang balai. Garang suara polis tu, sialp-silap dia cakap kita kene tido sana”.


Shitelakan.

Lanch.

Sebagai bekap,Chics menelepon bofren dan bofren telah menelepon kawan yang suka terlibat dalam acara pergaduhan.

Mungkin kerana pakai seksi hari itu menyebabkan abang polis mengclose case dengan mengatakan landlord itu bodoh sebab hanya ada agreement photostat yang kelihatan telah di ammend dengan sukahatinye dengan tangan. Tetapi mungkin juga sebab kami adalah manj manja dengan abang polis juga. Eee.

Selepas itu ingin membagi kunci kepada landlord tetapi sorang apek kedai dobi yang bertindak sebagai agen telah memesan supaya hantar kunci kepada dia.Apek ni bongok ok.Suka mengapi-ngapikan orang.Sebelum ni dengan we all bukan main tapi balkang-blakang bukan main. Ini adalah satu contoh cina berperangai melayu [opps]. Dia pon samalah datang balai dan membuat cerita yang bukan bukan pasal we ols.

Maka hari itu, apek itu telah kene maki dan anak landlord yang buat muka bangga mula-mula telah diberikan layanan yang sama. Mamat si penggaduh itu hampir-hampir memukul si anak tetapi itu hanya gertak sahaja.

Kesimpulannya, dalam kereta ke balai polis adalah sangat cuak seperti hendak ceret beret dan telah terbayang duduk di dalam lokap seperti dalam tv.

Tidak best dan tidak kiut kene panggil dengan polis.

Diharapkan pada masa akan datang, tidak akan dipanggil polis lagi walaupun orang itu adalah A galak, melainkan sesiapa yang berlakon polis semasa hen party.

Hehe.

28 comments