Abang deejay

by chics on Monday, 20 November 2006 - 12 am · 5 comments

in Uncategorized

Hai arnab-arnab. Nama saya chics dan semalam saya telah pergi ke rumah orang kawen. Saya adalah suka pergi ke rumah orang kawen kerana lauk dan air sirap orang kawen adalah sedap sangat.

Hari ini ialah giliran abang burger di depan rumah saya berkahwin. Walaupun dia adalah seorang penjual burger tatapi tiada burger bonus di hari persandingannya. Yang ada hanyalah lauk-lauk orang kawen sahaja. Selain itu terdapat juga deejay yang memainkan lagu perkahwinan. Saya tidak pasti samada deejay itu adalah hemsem atau pun tidak.

Yang kedua adalah rumah sedara sendiri. Kali ini lauk ayam masak merahnya lebih hebat dimana nasir bilal khan turut kelihatan di tempat kejadian tetapi deejay dan muziknya tidak hebat. Mengapakah perlu memainkan lagu seperti para hadirin adalah pekak? Adalah terasa seperti di kelab malam dimana hendak bercakap terpaksalah menjerit Cuma scene kali ini adalah dipenuhi macik macik dan bukannya hot babes atau tak hot babes yang cuba kelihatan hot babes.

Juga saya tidak faham ya, mengapakah perlu bermain lagu-lagu rempit saat awie berseluar ketat ataupun lagu bumiputera rockers dimana tiada unsure-unsur jinjang pemain disitu. Ini adalah mematahkan semangat memakan ayam masak merah kerana terlalu sibuk menyanyi bersama-sama dengan lagu yang diputarkan. Dan oleh kerana orang saling jerit menjerit pengantin adalah tidak dipedulikan lagi. Kasihan pengantin itu, sia-sia sahaja usahanya menempah baju dan mekap yang chantek.

Jikalau saya menjadi deejay saya akan tidak membuat perkara sekeji itu. Iyalah, saya nikan hormatkan orang tua walaupun ramai tidak bersetuju. Maksud saya, hello, kesianlah macik-macik yang datang itu okes. Saya yang masih muda ini pon dah pekak apakan lagilah..Dan saya akan memastikan seleksi pilihan adalah menepati objektif. Tidaklah seperti memutarkan lagu “mak janda” semasa hari perkahwinan ataupun lagu pelamin anganku musnah. Apakahhhhhhhhh? Tapi saya tidak rasa saya akan menjadi deejay. Kerana ehe.. adalah tidak sopan mencarut di majlis perkahwinan orang.

Tetapi, jika saya berkahwin, saya hanya mahu gamelan dan lagu-lagu melayu tradisional dan juga pemakai baju tradisional. Keirun dan skinner, aku akan buat kau pakai baju kurung hari tu. Haha

Eceh saya ini. Cakap poyo-poyo sahaja.

Tetapi cerita poyo saya tak habis setakat disitu. Ada lagi ok tetapi mungkin bersambung di masa hadapan kerana sekarang sudah tiba masa arnab- arnab membuat kerja. Sementara itu, biarlah saya sambung tidur dulu. Hihi

Selamat Isnin arnab-arnab.

Muah.Muah

1 Star (Click to vote)
Loading ... Loading ...



  • chics

    Uda -alaa..hobi korang memang bergaduh kan.hehe
    darling8tabby-sangattttttttttttttttttttttt
    9 – yeahh..tokyo..ichiban!
    booGie |- ahaaaaa..terima kasihhhh

  • http://hurnain.blogspot.com 9

    jgnlah memainkan lagu 'clash' atau lagu kelab jiwa luka kerana ia amat tidak sesuai saentaro dunia.
    mainlah lagu spt, harujuku boyz… baru rempit skett. heh.

  • darling8tabby

    pelamin angan ku musnah? aiyo…y la dj tu..cam badi la kan.
    err..ayam masak merah ngan sirap orang kawin sedaaaappp sangat kanb :P

  • http://buckshinoda.blogspot.com booGie

    Tetapi untuk berkahwin bukankah anda perlu mencari calonnya dahulu?
    Semoga berjaya :)

  • http://udaswoop.blogspot.com/ Uda

    Nak kawen pon susah beb, 2 minggu bfore tarikh still gaduh2 besar lg… Apa masalah…
    p.s. tp mmg setan deejay2 taik yg pasang musik kuat2… kalau org pasang kuat2 dpn umah dier masa dier nak mkn, br dier tahu…. bdoh nyer dj…




Page 1 of 11

Previous post:

Next post: