Gundah gulana

by chics on Monday, 28 November 2005 - 8 am · 17 comments

in Uncategorized

Hai kawan-kawan.Nama saya chics.Kadang-kadang orang panggil saya miss sunshine kerana saya suka menyegih dan ketawa-ketawa dengan keji.

Tetapi untuk beberapa hari ini saya tidak boleh mengetawa dengan senang hati.Kadang-kadang saya duduk di bilik seorang diri dan ketawa-ketawa tiba-tiba saya termenangis.Saya sangat susah hati sekarang dan juga terasa sangat sunyi.Saya juga sudah tidak banyak mencarut kerana sudah hilang mood. Selain itu juga saya sudah hilang mood untuk membeli belah. Hari itu saya cuba menggembirakan hati dengan membeli belah tetapi hati saya meronta-ronta mau balik secepat mungkin. Saya berasa benci kepada amoi jurujual itu tanpa arah dan tujuan hidup.

Saya juga malas hendak melayan orang-orangan lagi. Kadang-kadang orang-orangan ada menelefon saya tapi saya malas hendak bercakap. Saya hanya rajin memondankan diri di dalam bilik atau pon berkawan dgn dunhill sebab ianya ada gaya, mutu dan keunggulan. Orang-orangan agak berasa risau dan selalu ajak saya berhuha atau pergi berparty.Saya sudah malas mahu berparti.Saya tidak mahu berpura-pura mesra dengan orang yang tidak dikenali lagi.

Hari-hari kerja saya di pejabat ialah menangis di dalam toilet.Tapi toilet disini best wangi dan bersih dan juga mereka pakai pewangi tangan escape.Mungkin lain kali saya boleh suruh HR saya beli pewangi tangan Dolly Girl,Anna Sui.Barulah bagai pinang di belah dua saya dan pewangi itu.Selain itu, kerja saya di pejabat ialah bz sampai kadang-kadang saya rasa seperti mahu tidur dipejabat. Kadang-kadang saya mintak kerja extra dari boss saya.Hahahahahahahaha.Ye saya pon sendiri pon tak percaya.

Berat saya sekarang ialah 35 kg. Seluar saya semua sudah longgar dan tidak melekap lagi.Saya sangat stress dengan keadaan ini tetapi tiada langkah drastik yang di ambil. Barang-barang saya juga banyak yang hilang. Saya hilang anting-anting dan pelembab bibir stila saya. Mungkin ini adalah kerana bilik saya kelihatan seperti sarang naga sekarang.

Tiap-tap malam saya berdoa pada Tuhan biarlah besok saya hilang akal atau pon amnesia. Ataupun mungkin saya tiba-tiba bertukar kepada seekor kucing.Tapi nampaknya doa saya belum dimakbulkan.

Sebenarnya saya sudah malas hendak memblog lagi. Seperti yang saya katakan, semua benda tidak lagi mengujakan saya.Mungkin saya mahu berhenti, membawa diri. Biarlah tidak ada sesiapa pun yang tahu tetang diri saya lagi.

Tiba-tiba saya berasa poyo [sebenarnya saya tipu, saya nak menangis sebenarnya].
Oleh itu biarlah saya mengundurkan diri dahulu.

Selamat hari isnin, kalau rasa stress marilah sama-sama pegi ke toilet.

Seperti biasa, saya akhiri karangan saya dengan serangkap pantun

Defense is paper thin
Just one touch and I’ll be in
Too deep now to ever swim against the current
So let me slip away
So let me slip away
So let me slip away
So let me slip against the current
So let me slip away
So let me slip away
So let me slip away
So let me slip away

Sekian.

1 Star (Click to vote)
Loading ... Loading ...



  • chics

    stoner – terima kasihla awak

  • http://www.matasepet.blogspot.com stoner

    saya takde apa2 yg bijak utk dikata, cuma awak jaga diri la. bunyinya mcm awk sakit

  • http://kepalaangintalk.blogspot.com/ kepalaangin

    nothing much to say coz i know you know already what's need to be done.
    all the best.

  • chics

    thanks all

  • herumi

    chics..perhaps this is the best time to back to our root..to the right path..there's ONE and only..the Almighty..get sajadah…establish 5 times prayer..plus..hajat etc..find new fren dont forget old frens..zikir la bebanyak..insyaallah, ketenangan yg dicari akan dpt dgn keredhaanNya…amin..

  • http://judd.scravius.com/ judd

    saya memahami dirimu. saya juga menitiskan air mata (dan kadang-kala air lain juga) ketika menghulurkan wang untuk membeli rokok Dunhill 20 batang kepada pakcik penjual rokok. sukar untuk diterima akal batang sakti tersebut boleh menjadi mahal sebegitu rupa. sungguh mengecewakan. keji. dan sebagainya.

  • http://wongahbeng.blogspot.com WongAhBeng

    haih..normal laa every people oso got ups and downs..Just dont consume ur tomorrows fretting about ur yesterdays too much lor..

  • http://www.anisism.blogspot.com anisism

    chics. sumer orang cakap take care. sumer orang cakap go have fun. sumer orang cakap take a break. sumer orang cakap go see psychiatrist. dah tu, aku kat sini nih nak cakap mende lagi nih hah. would it help to say if it makes you more human to be out of your comfortable zone for a while? so worry not. chin up.

  • http://udaswoop.blogspot.com/ Uda

    U know wat chics…. both of us are in the same situation rite now…. nothin' seems to interest us…. but the only thing that somehow seems kinda wierd is that your blog always seems to make me laugh, maybe make me think sometimes but it do kept me waiting for more…. each day i'll pop it up on my browser and if there is no update, i then read ur previous post…. the point here is i have found at least one thing that make me feel, somewhat, good…. and chics my dear…. u need to find that 1 thing that make u feel good too…. i'll be honestly more that happy to help you find that thing and if we fail… there is always ur pet cats to cheer u up and maybe cheer me up too…. kan…………
    p.s. it's always been a wish of mine to play with ur cats…….

  • lenny

    chics.. ko nape? ko takde YM sampai tak bleh chat ngan aku sampai ko jadik camni ke???
    let me know if u need anything tauu.. meh la ngarut2 ngan akuuu.. jgn la tension sampai camni..

  • wingnut

    isk isk i've never been this depressed before. try seeing psychiatrist la. honestly, my fren had bouts of depression during uni days and she even had this doc appt and she was prescribed with prozac. when she takes prozac she becomes happier. if i ever get to your stage, i would do the same. take care babe.

  • karat

    dearie chics..give urself a break..pegilah for a holiday..take a gud long vacation..maybe it will make it go away..take time to think all about it again..hopefully things will get better..insyallah..

  • http://kriskross.blogspot.com kriskross

    kalau stress, pegi makan banyak2…sure hilang stress punya – works for me.
    FYI,i 80kg but no stress….wohoooo!!!

  • herumi

    sounds scary ….it seems u lost everything…c'mon chics….GANBATTE!!!!!

  • http://bobadlin.blogspot bobby

    chics…
    are u sure ur weight = 35kg??
    even my niece 6yrs old 25kg tau..
    erkkk…slim nya U..
    belasah je makan chics…
    telan sumer tau…;)

  • darling8tabby

    35kg? u must be kidding..dear, u take care..make sure makan tau..

  • http://www.terabot.blogspot.com b

    oh..dear..take care..okie..




Page 1 of 11

Previous post:

Next post: