October 2005


by chics on Friday, 28 October 2005 - 8 am · 26 comments

in Uncategorized

I have a confession to make, I never go for semayang raya for my entire life? Is that keji or what? I dunno, you tell me.

Anyway, this year, won’t be celebrating raya with my dad. Although I’m quite used to it but still agak sedihla. The saddest raya was when I was 19 and my dad was in Shanghai, the night before raya he called but I didn’t get the chance to speak to him because someone accidently put down the phone before I manage to catch the receiver. After that I went to a dark corner in my grandma house and cry.My mom will be back tomorrow. Yeay!!!

I’m soooooooooooooo in the mood for raya. Don’t even have the mood to work anymore. All I want now is him and raya shopping.Hiihihihihi..

Anyway..

I’ll be on leave starting on monday. Will be busy baking kuih raya and such. Will be busy changing money *frown*.Last year I manage to escape from giving duit raya coz we were in Jakarta but this year, tiada alasan lagi.Kof..kof..

Wahh..wah..actually there’s so much to tell but have to go now. Will talk later kay, bunnies.

But let say if I haven’t got the chance to write anymore..Let me say this now..

“SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Have a blissful Raya!

1 Star (Click to vote)
Loading ... Loading ...


26 comments



Cerita saya

by chics on Thursday, 27 October 2005 - 8 am · 20 comments

in Uncategorized

Hi. Nama saya chics dan saya bercita-cita tinggi. Semalam saya bercita-cita hendak makan laksa utara yang dijual di pasar ramadhan. Akan tetapi oleh kerana hujan yang turun serentak di Shah Alam dan Damansara saya hanya dapat makan twisties sahaja didalam kereta. Kesesakan jalan raya memang celake dan segala carutan yang boleh anda fikirkan sekarang. Sewaktu azan berkumandang saya masih di kawasan tol batu tiga. Di sebelah kereta saya waktu itu ialah seorang lelaki cina yang bermuka eksyen kerana dia membawa kereta accent.Mungkin dia mengeji kancil saya yang tidak mempunyai sebelah side mirror itu.Oh, saya tidak mahu membangkitkan hal side mirror saya kerana hal itu akan membuatkan saya panas tapi ingat, saya benci mat rempit.

7.30 malam saya singgah di restoran azira untuk makan sekali semua makanan sudah habis, nasik pon dah habis. Mahu mengamuk saya ,tetapi kakak endon yang baik hati di kedai itu telah berjaya merasuah saya dengan 3 ketul kuih cara.Maka saya tak jadi mengamuk dan membeli setin sardine sambil mengadu pada mamak kedai yang saya belum berbuka. Mamak itu juga sangat baik lalu membagi free setin air.Wah, nampaknya saya amat di sayangi oleh orang-orang shah alam[termasuk yang kadang-kadang tinggal di gombak] hihihi.

Pada waktu yang sama ada orang sedang makan dengan seorang awek cun di kawasan ampang, mungkin di salah sebuah restoran thai di sana. Dia memang suka makan bersama awek cun, jadi siapa yang tak cun jangan haraplah nak makan dengan dia. Kadang-kadang saya cun maka kadang-kadang saya dapatlah makan dengan dia[haha].

Saya tidak kisah sebab saya seorang yang sporting. Walaupun sebenarnye saya kisah tapi saya buat-buat tak kisah sebab kawan-kawan lelaki saya juga ramai yang kacak dan bergaya serta mempunyai skill berpoya-poya yang tinggi. Saya rasa mugkin orang itu agak marah sekarang, jadi baiklah saya menukar topik yang lain pula.

Satu-satunya benda yang membuatkan saya menyanyi girang semalam ialah apabila emak saya menelefon dari Jakarta. Sewaktu itu dia berasa di pondok indah mall di dalam kedai nine west dan dia mahu membelikan saya beg. Saya sebenarnya mahu menyuruh dia pergi ke plaza Indonesia dan membelikan saya beg coach tetapi oleh kerana saya tidak mahu emak saya menaga jadi saya terpaksa pergegang kepada “tak dapat coach, nine west pun berguna juga”. Haha saya gembira sebab kali terakhir emak saya pergi ke sana dia tidak membelikan saya apa-apa yang menceriakan sedangkan adik saya dapat dua jaket dari Hugo Boss dan Ralph Lauren. Dan bila ayah saya balik, dia mendapat baju dewa pula. Keji sungguh adik saya itu.

Pondok Indah mall tidaklah besar tetapi mereka ada menjual kasut Kate Spade dan LK Bennet.Sewaktu saya hedak membeli kasut Kate Spade, jurujual itu tidak mahu melayan kami adik beradik kerana kami tidak stylo. Tetapi apabila kami bercakap bahasa malaysia, mata jurual itu bersinar-sinar.Tetapi sudah terlambat kerana hati kami sudah hancur lebur.Maka kami berlalu selepas adik saya berkata “Oh, kedai ini kurang bermutu.” dengan begitu eksyen sekali.

Kembali ke topik kegirangan, saya berasa girang atas sebab orang itu telah bersetuju mahu berbuka puasa di Chillis pada hari ahad ini. Dia ingin memesan foreplay triple play dan saya akan memesan mushroom jack fajitas.Kemudian saya akan memesan sebuah beg tangan dan sepasang kasut. Mungkin juga sepasang anting-anting dan mascara MAC. Kalau ada zara saya ingin memesan sepasang seluar dan cardigan. Saya memang teringin sekali memesan benda-benda ini.Kalau boleh saya ingin memesan orang itu sekarang kerana ofis ini agak sejuk.

Ha. Nampaknya saya dah mula harus buat-buat sibuk oleh kerana masa mencemburui kita[hoho].Oleh itu janganlah bersedih kalau anda makan twisties dalam kereta hari ini kerana siapa tahu..hari ni makan twisties hari esok mungkin makan chillis.

Akhir kata, salam sayang dan tata.

1 Star (Click to vote)
Loading ... Loading ...


20 comments



Tag and run

by chics on Wednesday, 26 October 2005 - 8 am · 14 comments

in Uncategorized

I am happy today [at least for now]. Reason being, I sempat pegi pasar ramadhan and buy that yummylicious pulut udang and ikan keli salai masak lemak just because semalam Shah Alam ujan and Damansara didn’t. Wah…wah..setaapp!!Usually, by the time I get to Shah Alam, these two stalls had already left. Asap van pon takde tinggal. And today will try to buy asam laksa also from a stall yang aku slalu jarang dpt tengok.Takpee,usaha tangga kejayaan.

Anyway, kepalaangin tagged me, so here it goes..

7 things to do before I die

  1. Go travel to beautiful places with beautiful customs. Get to know what’s going on in other’s people culture. And take loads and looads of picture sambil berposing girang.Haha
  2. Bungee jumping, scuba diving and sky diving, dragging ag along.
  3. Adopted a snake and name her Mei Ling. Will let her coil around my bed pillar while he’s getting handcuff on the other side of the bed. Uhhh.
  4. Make my parents proud. How? Will think of the way later.
  5. Wear tudung, pray 5 times a day and stop swearing. And ohh, stop smoking.
  6. Learn and accept the fact that babies are adorable than cats.
  7. Be with him like..forever. Can or not?

7 things I cannot do

  1. Have bigger boobs. Hey, macam Jessica Simpson pon cukuplah okayy.But the idea to go through implant was soo scary.Oh no, actually it’s sinful. Berdosaa okayyy
  2. Grow taller.
  3. Ride a bike. The last time I rode a bike, it nearly killed me when I drove straight to a cliff. Luckily sempat lompat.Hoh
  4. Bangun sahur. For the record, I didn’t bangun sahur for almost 3 years now.
  5. Eat curry except for chicken curry. The smell is enough to make me barf. When I was studying there’s this Indian lecturer who always smell like curry during class. Me, feel like dying.
  6. Tolerate people who are cruel to animal. If you are cruel to animal, apatah lagi dengan manusia?Ecehh.
  7. Stop talking and and act ayu.

7 things that attract me to the opposite sex

  1. Humble yet charismatic. He doesn’t have to be rich [honestly] but if he possesses great integrity I’ll melt.
  2. Good analytical skill. Open minded and able to accept other’s opinions. Not afraid to say sorry. Despise those type yang suke buat-buat pandai, boleh tak admit dalam certain hal, aku lebih mengetahui?
  3. Lelaki yang sangat suke bermanja-manja. I likeeeeeeeee.
  4. Chinese look.
  5. A guy who is not afraid to show who he is. Just the simple part of him without no sweet talkings and segala percakapan poyo di dunia. Great sense of humor is most welcome.
  6. A guy who smells nice and well groomed. Plus if he wears his office shirt with folded sleeves. Memang komfemlah!
  7. Nice pair of buns.

7 things I say most often

  1. Keji
  2. …okay
  3. Bengek
  4. Aaaa?
  5. I likee
  6. Hellooo?
  7. Uhhh

7 Celebrity crushes

  1. Tom from Blink 182.
  2. Robbie Williams.
  3. Rob Thomas.
  4. Aragorn [as in Aragorn the character not the real guy]
  5. Yazer AF3 [keji tak?hahaha]
  6. Anak Pak Lah [does he count?]
  7. Halim othman..Nooooooot!!!

7 lovely and sweet people I want them to do this

  1. Ag coz at least he can write something else besides football.[sekali sekala ok]
  2. Stone coz I know in this bulan puasa not much tea and lunch session to be done.Hohoh
  3. Shelly coz I loveeee the way she write. Ngko kelakar tak ingatlah!!
  4. Anne coz I missed the berbuka session with her :(
  5. Spentot coz he’s always provides me good company and comfort
  6. Wingnut coz sajeje nak suruh dia updet. Lama gile ko tak updet.
  7. Kuza dengan ucapan selamat hari rayaaa!Jom, bila nak party?hihihi.

Okay, so there you go. Anyway, have a superb day.Muah..muahh

1 Star (Click to vote)
Loading ... Loading ...


14 comments





Page 1 of 812345678